Ulang Tahun BN ke-50: Membawa Dacing Kestabilan Politik, Pengupayaan Tatakelola Kerajaan – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Barisan Nasional membawa dacing yang melambangkan kestabilan politik dan menunjukkan keupayaan untuk mengelola kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, perjuangan Barisan Nasional adalah bertujuan untuk memberi keseimbangan kepada kehidupan rakyat. “Dacing yang tersemat sebagai logo Barisan Nasional sejak 50 tahun memiliki makna tersirat yang menggambarkan hala tuju dan peranan […]

» Read more

Kembalikan Kegemilangan BN – Ahmad Zahid

BEIJING 1 Jun – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta kekal bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan gabungan digagaskan bekas Presiden UMNO, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, sejak lima dekad lalu. Bercakap pada sidang media sempena Ulang Tahun Ke-50 BN, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut menyeru semua parti komponen bergerak ke hadapan bagi memastikan kelangsungan serta mengekalkan kerelevanan […]

» Read more

Siri Jelajah Penerangan UMNO Ke Putatan, Merungkai Isu Politik Semasa

KOTA KINABALU, 1 Jun – Penerangan UMNO Malaysia meneruskan siri jelajahnya ke Bahagian Putatan yang dihadiri hampir 300 ahli akar umbi, di sini hari ini. Bertempat di Bangunan UMNO Negeri Sabah, Jelajah Penerangan UMNO itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah Jeffery Noor Mohamed yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan. Ia kemudian disusuli dengan ucapan aluan […]

» Read more

Kembalikan UMNO Ke Landasan Asal, Kukuh Gerak Kerja – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Semua pihak di peringkat kepimpinan dan akar umbi perlu memainkan peranan sebaiknya dalam memperkukuhkan gerak kerja untuk mengembalikan UMNO sebagai teraju utama negara semula. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua pejuang parti perlu mempunyai kesedaran mengenai kedudukan terkini UMNO dalam arus politik negara. “Tuan-tuan, apa yang kita persiapkan […]

» Read more

BN Sedia Bincang Model Kerjasama Dengan PH Hadapi PRU

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Barisan Nasional (BN) sedia berbincang seawal mungkin mengenai model kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perbincangan itu antara lain membabitkan pertimbangan BN sama ada ingin bergerak solo atau meneruskan kerjasama sedia ada. Katanya, ketetapan kerjasama itu akan […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian… Medan Membugar ‘Benih’ Pengukuhan Direncana – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Persidangan tahunan bahagian dan sayap bahagian-bahagian UMNO adalah medan untuk membugar kembali ‘benih’ pengukuhan parti yang direncanakan setahun lalu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi perutusan yang dikeluarkan, beliau mendoakan agar segala urusan untuk melaksanakan tanggungjawab yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO dapat dipermudahkan. “Segala puji hanya milik Allah SWT. Tuhan […]

» Read more

Ulang Tahun BN ke-50: Parti Perlu Berevolusi, Sesuaikan Ikut Peredaran Zaman

SEREMBAN, 1 Jun – Barisan Nasional (BN) perlu melaksanakan evolusi dalam parti mengikut keadaan semasa agar lebih mudah diterima rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Menteri Luar Negeri turut mengucapkan selamat ulang tahun BN ke-50 yang disambut pada 1 Jun. “Ucapan saya selaku generasi kedua BN, selamat menyambut ulang tahun… BN satu kerjasama parti-parti […]

» Read more

Ahmad Zahid Berbesar Hati, Nyata Kesediaan Jalin Kerjasama Bersama China

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat berbesar hati atas komitmen China dan bersedia untuk terus bekerjasama untuk merapatkan jalinan pertalian pada masa hadapan. Beliau yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa kunjungan hormat beliau ke atas Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, HE Wan Xiaohong telah membincangkan mengenai […]

» Read more

UMNO Perlu Berevolusi Untuk Kekal Relevan – Tok Mat

SEREMBAN, 31 Mei – UMNO Perlu berevolusi untuk terus kekal relevan dan berada dalam arus perdana politik masa kini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berkata, perubahan perlu dilakukan dengan segera agar parti tidak luput ditelan zaman apatah lagi suasana geopolitik yang semakin mencabar. “Apa yang kita perlu lakukan dalam UMNO […]

» Read more

Suara Akar Umbi UMNO Demi Kelangsungan Parti – Hilmi Elias

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias berpandangan segala pendapat dan pandangan yang disuarakan dalam mesyuarat cawangan pelbagai peringkat parti termasuklah Pemuda UMNO seluruh negara yang akan berakhir Ahad ini adalah demi kelangsungan parti berkenaan. Bagi beliau pandangan serta lontaran idea yang disuarakan oleh akar umbi perlu diberi perhatian parti malah perkara-perkara […]

» Read more
1 402 403 404 405 406 2,036