Ahmad Zahid Berbesar Hati, Nyata Kesediaan Jalin Kerjasama Bersama China

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat berbesar hati atas komitmen China dan bersedia untuk terus bekerjasama untuk merapatkan jalinan pertalian pada masa hadapan.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan bahawa kunjungan hormat beliau ke atas Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, HE Wan Xiaohong telah membincangkan mengenai kerjasama dua negara dalam pelbagai bidang.

 

“Selepas menunaikan solat Jumaat, saya berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke HE Wang Xiaohong, Penasihat Negara dan Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, di Rumah Tamu Diaoyutai.

“Selain itu, kami berdua telah membincangkan dan merancang kerjasama dalam bidang perdagangan, pelancongan dan pendidikan antara Malaysia dan China untuk memperkukuhkan hubungan kedua negara.

“Saya amat berbesar hati atas komitmen dan sokongan daripada pihak China terhadap Malaysia, serta kesediaan untuk terus bekerjasama dalam merapatkan jalinan pertalian di masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar kerjasama tersebut dapat membawa Malaysia-China ke peringkat yang lebih kukuh dan erat.

“Dengan harapan agar hubungan ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Terima kasih kepada HE Wang Xiaohong atas satu pertemuan yang berkesan dan memberansangkan.

“Semoga kerjasama ini akan membawa hubungan China-Malaysia ke peringkat yang lebih kukuh dan erat, serta meneruskan perjalanan ke arah masa depan yang cerah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.