Johor Perlukan Pemimpin Bekerja, Bukan Hanya Berpolitik – Md Israk

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Johor memerlukan pemimpin yang bekerja, bukan yang hanya Berpolitik 24 jam, kata Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah. Ujarnya, tidak ada sebarang halangan untuk mana-mana parti di Johor bertanding di mana-mana kerusi yang diingini. “Saya mengambil maklum kenyataan Timbalan Pengerusi salah sebuah parti yang kononnya menolak sebarang rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) dan […]

» Read more

PRN Sabah: UMNO/BN Sabah Diberi Autonomi Tentukan Calon di 48 Kerusi DUN – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 18 Okt- Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO/BN Sabah akan meletakkan calon di 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, meskipun permintaan itu dibuat di peringkat negeri, namun beliau telah memberikan kuasa autonomi penuh kepada UMNO/BN […]

» Read more

Rumahku Syurgaku, Pembentukan Sahsiah Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menegaskan bahawa peranan ibu bapa merupakan elemen paling utama dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak, lebih-lebih lagi dalam menangani isu keruntuhan moral serta gejala sosial dalam kalangan pelajar. Menurutnya, pendidikan dan pembentukan akhlak seharusnya bermula dari rumah, bukan diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan (KPM) […]

» Read more

UMNO Sipitang Teguh Pertahan Maruah, Tekad Raih Kemenangan Di PRN Sabah

SIPITANG, 18 Okt – Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Noh, menegaskan bahawa UMNO Sipitang akan terus teguh mempertahankan maruah perjuangan serta kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. “Selagi darah perjuangan mengalir, maruah tidak akan dijual walau dunia datang menawarkan emas,” katanya dengan penuh semangat ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO […]

» Read more

Austime: Kerajaan Komited Perluas Akses Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Kerajaan komited untuk memperluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan Khas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi potongan video yang dimuatnaik di halaman Facebooknya, beliau berkata, usaha tersebut akan digiatkan melalui penubuhan Tabika Autisme di seluruh negara. “Kerajaan komited memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas melalui penubuhan Tabika Autisme di […]

» Read more

PRN Sabah: UMNO Papar Siap Siaga, Rakyat Bijak Menilai – Jamal Nerubi

PAPAR, 17 Okt – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa jentera UMNO kini berada dalam mode siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan diadakan November depan. Beliau berkata, seluruh kekuatan akar umbi UMNO Papar kini tersusun kemas dengan semangat perpaduan yang tinggi bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menjadi pilihan rakyat […]

» Read more

Disiplin Dan Akses Media Sosial Pelajar : UMNO Kedah Seru Pendekatan Menyeluruh

ALOR SETAR, 17 Okt – UMNO Kedah menyeru supaya pendekatan menyeluruh dan bersepadu dilaksanakan dalam menangani isu disiplin pelajar serta penggunaan media sosial secara tidak terkawal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pihaknya memandang serius insiden yang berlaku di sebuah sekolah di Baling baru-baru ini, dan menyokong langkah tegas Kementerian Pendidikan […]

» Read more

UMNO/BN Beaufort Terus Jadi Jambatan Rakyat, Usaha Realisasikan Projek Baik Pulih Rumah Nelayan

KUALA PENYU, 17 Okt – Peranan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan terus dizahirkan apabila Ketua UMNO Bahagian Beaufort merangkap Pengerusi BN Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, turun padang bersama masyarakat nelayan dalam Majlis Penyerahan Projek Baik Pulih Rumah Nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), baru-baru ini. […]

» Read more

Penambahbaikan Sistem Pendidikan Perlu Demi Generasi Berjiwa Besar – Tengku Hafiz

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, menegaskan bahawa isu-isu sosial semasa yang semakin meruncing dalam kalangan anak muda perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak, khususnya kerajaan dan institusi pendidikan. Menurutnya yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, kepincangan dalam sistem pendidikan negara ketika ini bukan sahaja memberi kesan terhadap prestasi […]

» Read more

100 Ahli GRS Umum Keluar Parti, Sokong BN Di Membakut

MEMBAKUT, 17 Okt – Kira-kira 100 ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Kampung Bawan, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau di sini telah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Ketua UMNO Bahagian Kimanis yang juga Pengerusi BN Kimanis, Datuk Mohamad Alamin. Dilaporkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk prestasi semasa serta momentum […]

» Read more
1 379 380 381 382 383 2,491