UMNO Pendang Perkukuh Hubungan Dengan Rakyat, Teruskan Gerak Kerja Turun Padang

PENDANG, 5 Jan – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob, terus komited dan memberikan sepenuh komitmen terhadap rakyat apabila beliau turun padang dan melawat individu yang sedang sakit dan ditimpa musibah di sekitar kawasan terbabit baru-baru ini.

Ujarnya, lawatan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja berterusan UMNO yang telah sebati dengan masyarakat setempat sejak sekian lama.

“UMNO bukan hanya hadir di kala pilihan raya, malah pendekatan turun padang bukan sekadar simbolik, tetapi merupakan satu budaya yang telah menjadi nadi perjuangan UMNO.tetapi kami bersama rakyat setiap masa,” katanya.

Jelas Suraya, kesempatan bersama masyarakat setempat adalah antara khidmat UMNO memberi sokongan moral dan mendengar dengan teliti luahan hati rakyat.

Katanya, UMNO Bahagian Pendang telah menjadikan program turun padang sebagai amalan berterusan, yang bukan hanya bertujuan untuk memberikan bantuan, tetapi juga untuk memahami keperluan sebenar rakyat.

“Kita menekankan bahawa gerak kerja UMNO bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga membina ikatan kepercayaan dan kebersamaan dengan masyarakat.

“Payah kalau kita keseorangan, tapi bila kita bersama-sama, perjalanan jauh pun terasa singkat. Apa yang lebih penting, setiap senyuman dan kata terima kasih daripada mereka yang kami kunjungi adalah penguat semangat bagi kami untuk terus berkhidmat.”

Katanya, pendekatan ini mencerminkan falsafah parti bahawa politik adalah untuk rakyat, bukan hanya tentang kuasa, dan bahawa kehadiran di tengah masyarakat adalah asas untuk membina perpaduan dan sokongan yang kukuh.

“Program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, bagi memastikan rakyat Pendang sentiasa merasa kebersamaan dalam UMNO dan suara mereka didengari.

“Gerak kerja kami dengan masyarakat bukan sahaja tugas, tetapi sudah sebati dengan jiwa UMNO. Kami percaya, apabila rakyat didahulukan, perpaduan dan kesejahteraan bersama akan menjadi lebih mantap,” katanya lagi yang turut melakukan gerakan turun padang bertemu dengan masyarakat di Sungai Tiang. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO