UMNO Rakam Takziah, Wan Salwati Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 5 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban, Wan Salwati Abdullah, 51, yang telah kembali ke rahmatullah.

Dilaporkan Allahyarhamah meninggal dunia petang ini di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Semasa hayatnya Allahyarhamah bergiat aktif dalam UMNO termasuk pergerakan belia dan pernah diangkat sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO.

Didoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO