Azalina Ucap Selamat Menyambut Deepavali, Seru Perkukuh Perpaduan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat beragama Hindu yang meraikan perayaan tersebut. Dalam perutusannya sempena perayaan Deepavali 2025 menerusi laman Facebooknya, beliau menyifatkan Deepavali sebagai “Perayaan Cahaya” yang membawa maksud mendalam – cahaya kebenaran mengatasi kegelapan, keadilan mengatasi kejahatan dan harapan mengatasi […]

» Read more

Selamat Hari Deepavali, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan Dan Toleransi

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia. Dalam perutusannya, beliau yang juga Presiden UMNO menyeru agar perayaan Deepavali dijadikan medan memperkukuh semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormati antara kaum yang menjadi teras kekuatan negara berbilang bangsa. “Dalam semangat Deepavali […]

» Read more

MARA Terus Fokus Perkasa Keusahawan Wanita – Dr Asyraf

PUTATAN, 19 Okt – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan dan pembiayaan yang menyeluruh. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, wanita terbukti mempunyai rekod yang baik dari segi amanah dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan pembiayaan yang diberikan. “MARA akan terus fokus kepada konteks pembangunan. Ini kerana […]

» Read more

Semoga Budaya Paksi Data Terus Subur Dalam Pentadbiran Negeri, Masyarakat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar budaya berpaksikan data terus subur dalam pentadbiran dan masyarakat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan beliau telah berpeluang untuk meraikan Hari Statistik Sedunia pada Sabtu. “Saya berpeluang meraikan Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan bertemakan […]

» Read more

PRN: Jangan Terpedaya Slogan ‘Sabah for Sabahan’

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan rakyat untuk tidak terpedaya dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ yang dimainkan oleh parti tertentu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung. Beliau yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, kehadiran sepuluh parti tempatan di Sabah membuktikan bahawa mereka hanya mahu merebut kuasa. […]

» Read more

Wanita Kini Penggerak Utama Ekonomi – Noraini

PUTATAN, 19 Okt – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata golongan wanita kini bukan sahaja memainkan peranan sebagai tulang belakang keluarga, bahkan turut menjadi penggerak utama dalam dunia keusahawanan. Noraini yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan ramai usahawan wanita hari ini membuktikan bahawa dengan peluang, bimbingan dan sokongan yang betul, wanita mampu […]

» Read more

PRN Sabah: Terus Yakinkan Rakyat, Sokong BN – Mohd Rafi

KOTA KINABALU, 19 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menzahirkan rasa syukur dan keyakinan terhadap sokongan berterusan rakyat Sabah untuk bersama Barisan Nasional (BN). Dilaporkan, pada Khamis kira-kira 100 ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Kampung Bawan, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau di Membakut telah mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan penuh kepada […]

» Read more

PRN Sabah: Ini Kalilah UMNO/BN Rampas Semula Sabah – Ahmad Zahid

PUTATAN, 18 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan peluang terbaik untuk UMNO dan BN merampas semula pentadbiran negeri itu. Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, berdasarkan analisis semasa, tiada satu parti pun yang akan muncul dominan sepenuhnya dalam PRN kali ini. […]

» Read more

Program ‘Next Gen-Z’ Puteri UMNO Semarakkan Semangat Belia Sabah – Nurul Amal

KOTA KINABALU, 18 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meneruskan usaha untuk mendekati generasi muda melalui penganjuran program ‘Fun Run’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah inisiatif ‘Next Gen-Z’, bagi membina jalinan erat bersama golongan belia negeri ini. Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, berkata program tersebut bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, tetapi turut menjadi […]

» Read more

Agih 40 Peratus Pendapatan Kepada Sabah: Abdul Rahman Harap Kerajaan Pusat Guna Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap agar Kerajaan Persekutuan menggunakan keputusan mahkamah dalam isu pengagihan 40 peratus pendapatan kepada Sabah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, keputusan mahkamah tersebut bakal menjadi enjin baharu kepada ekonomi negara. “Alhamdullilah. Saya mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai isu […]

» Read more
1 378 379 380 381 382 2,491