UMNO Sabah Susun Gerak Kerja Hadapi PRK Kinabatangan, DUN Lamag

KINABATANGAN, 9 Jan – UMNO Sabah mula menyusun gerak kerja secara terancang bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag melalui pertemuan awal bersama jentera UMNO Bahagian Kinabatangan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusop, berkata tumpuan utama perbincangan adalah memperkemas strategi gerak kerja parti serta memastikan setiap lapisan jentera, dari peringkat bahagian […]

» Read more

Jeffery Nor Ziarah Mangsa Kebakaran Kampung Ketiau, Putatan

PUTATAN, 9 Jan – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Jeffery Nor Mohamed menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan dalam satu lawatan ziarah yang diadakan semalam. Beliau berkata, pertemuan tersebut amat menyentuh perasaan kerana penderitaan yang ditanggung oleh para mangsa, sambil menyifatkan situasi itu sebagai ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Dalam lawatan berkenaan, […]

» Read more

Kes Ahmad Zahid: Keputusan Undang-Undang Muktamad Wajib Dihormati

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berpandangan bahawa keputusan undang-undang yang telah muktamad wajib dihormati oleh semua pihak. Ini kerana katanya, keputusan Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (No Further Action) akan diambil berhubung kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menoktahkan secara muktamad segala tuduhan […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO Medan Perkukuh Perjuangan, Susun Kembali Hala Tuju

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2025 akan berlangsung bermula 14-17 Januari ini. Sesungguhnya persidangan ini bukan sekadar acara tahunan atau rutin organisasi, tetapi merupakan wadah penting yang telah membentuk hala tuju perjuangan UMNO sejak penubuhannya sehingga ke hari ini. PAU ialah medan berhimpunnya suara akar umbi, pemimpin pelbagai peringkat, dan pemikir parti untuk menyatukan fikrah, menilai realiti semasa, serta memperkukuh asas […]

» Read more

Ahmad Zahid, Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ali Umar Bincang Masa Depan Al-Quds, Nasib Palestin

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, mengadakan perbincangan mengenai masa depan Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds di Putrajaya. Ahmad Zahid menerusi hantaran di laman Facebook berkata, perbincangan itu diadakan semasa beliau menerima kunjungan Sheikh Ali Umar di pejabatnya. Beliau dan tokoh agama dari Baitulmaqdis […]

» Read more

Azhari Yakin PAU 2025 Bawa Gelombang Hala Tuju Kebangkitan UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 kali ini perlu menjadi titik tolak kepada kebangkitan parti secara menyeluruh. Beliau berkata, PAU 2025 bukan sahaja medan solidariti, malah harus menjadi isyarat jelas kepada seluruh ahli bahawa UMNO bersedia bangkit dan menghadapi cabaran mendatang. “PAU kali ini akan mengukuhkan lagi […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Abaikan Agenda Islam dan Melayu – Nurulhidayah

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO tidak pernah melupakan perjuangan membela Islam dan orang Melayu walaupun parti itu kini berada dalam Kerajaan Perpaduan. Menurut beliau, dakwaan kononnya UMNO hanya mempertahankan Islam dan Melayu apabila bersama Perikatan Nasional (PN), Pas atau ketika era Muafakat Nasional adalah tidak berasas dan bersifat persepsi […]

» Read more

AGC Putuskan Tiada Tindakan Lanjut 47 Pertuduhan Zahid

PETALING JAYA, 8 Jan – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil berhubung kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. AGC berkata, keputusan ini dengan sekaligus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di […]

» Read more

PAU 2025: Rapatkan Saf, Utamakan Parti – Faiz Hashim

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 perlu dijadikan medan penyatuan dan pengukuhan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang semakin hampir. Menurutnya, PAU 2025 berkemungkinan merupakan perhimpunan terakhir sebelum UMNO berdepan medan ujian terbesar dalam PRU akan datang, justeru seluruh ahli dan pimpinan parti perlu […]

» Read more

Melaka Meterai Kerjasama Strategik Türkiye Bagi Projek Limbungan Kapal RM1.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Kerajaan Negeri Melaka terus memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab maritim serantau apabila memuktamadkan kerjasama strategik bersama syarikat perkapalan terkemuka Türkiye bagi pembangunan projek limbungan kapal moden bernilai RM1.8 bilion di Zon Ekonomi Persisiran Pantai Selat Melaka (SM-WEZ). Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan rasmi ke Desan Shipyard di Istanbul yang menjadi […]

» Read more
1 314 315 316 317 318 2,528