PAU 2018 : UMNO Jemput Rakan-Rakan Parti Pembangkang Termasuk NGO

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata parti berkenaan telah menyampaikan jemputan kepada parti-parti pembangkang di dalam negara ini termasuk Pas dan parti di Sarawak untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2018. Menurut beliau jemputan tersebut selain daripada rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) seperti kebiasaan sebelum ini, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) juga termasuklah ahli bersekutu […]

» Read more

Akan Terus Kekal Dalam Parti, Pastikan UMNO Terus Relevan – Masidi

KOTA KINABALU, 20 Sept – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan bahawa beliau akan terus bertahan dalam UMNO selagi mana parti tersebut wujud dan berfungsi sebagai sebuah pertubuhan politik. Jelasnya, politik sentiasa berubah dan perubahan sudahpun dirasa sendiri ekoran keputusan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Landskap politik baharu memerlukan kita merubah pendekatan politik kita. […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Berteraskan UMNO Sebuah Perjuangan – Annuar

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung 28 – 30 Sept ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan. Katanya, tagline UMNO sebuah perjuangan ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair. “Perhimpunan kali ini juga […]

» Read more

Bila Parti Memerlukan Kita, Wajarkah Kita Lari Menyelamatkan Diri Kita?

Buat sahabat dan mantan yang pernah dan sedang berjuang: Setiap daripada kita adalah orang yang bernasib baik. Kita ditatang dan disokong oleh ramai orang. Mereka orang biasa. Orang kampung, orang miskin yang melihat kita sebagai idola, sebagai orang yang dipercayai. Kita membina imej sebagai berjiwa rakyat, sebagai pejuang, bersifat dengan segala sifat yang baik. Kita tunggangi kekuatan parti untuk naik […]

» Read more

Pertikai Zahid…? Zaman Dr Mahathir Dulu Lagi Teruk Berpecah – Azian

IPOH, 20 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Azian Osman membidas segelintir pendapat yang mempertikaikan prestasi Presiden parti sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rentetan keluarnya lima orang ahli Parlimen dari UMNO. Menurut Azian pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden parti, itulah zaman ‘hitam’ yang dialami oleh parti. “Ada orang kata Presiden UMNO sekarang […]

» Read more

Warkah Terbuka Buat Seluruh Ahli Parlimen Dan ADUN UMNO

*Para YB Yang Dikasihi,* 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam perjuangan dan salam kasih sayang. Saya mendoakan agar kita semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan rahmat Ilahi. 2. YB sekalian adalah *barisan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi kaedah pilihanraya.* Proses ini telah kita lalui sebanyak 14 kali dan setiap kali pemilihan sentiasa ada […]

» Read more

Dukacita Tindakan Mustapha, Anifah, UMNO Akan Ambil Langkah Pembetulan Segera – Mohamad

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk  Seri Mustapha Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti  sudah pasti khabar yang mendukacitakan. Menurut beliau mereka adalah tokoh yang disegani, berkebolehan selain terbukti keupayaan dalam memimpin dan berkhidmat malah jasa serta sumbangan mereka kepada UMNO dan negara […]

» Read more

Dulu ISA Sekarang AMLA : Tindakan SPRM Terhadap Najib Dipertikai

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pemantau Malaysia Baru mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat telah diperalatkan oleh kerajaan bagi menjayakan agenda politik pihak mereka  untuk menekan pimpinan UMNO yang ada pada hari ini. Presidennya, Datuk Noor Lokman Adam berkata, ini memandangkan kenyataan SPRM berhubung penangkapan ini ternyata adalah bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Ikuti Diskusi U3.0 Malam Ini, Kupas ‘Kerajaan Dolak-dalik’

KUALA LUMPUR, 19 Sept – ‘Kerajaan Dolak-dalik’ menjadi topik dalam kupasan Diskusi U3.0 malam ini lantaran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gemar bercakap berbalik-balik atau tidak tetap tentang sesuatu perkara khususnya soal pentadbiran dan ekonomi negara. Bagi membincangkan topik tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Sharkar Shamsudin akan tampil dengan Datuk Dr Azizan akan bersama sebagai moderatornya. Diskusi […]

» Read more

Shamsul Anuar Dan Tiga Ahli Parlimen BN Nafi Bakal Keluar Parti Seperti Dalam Senarai Yang Tersebar   

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama tiga ahli Parlimen UMNO daripada Parit, Tasek Gelugor dan Jelebu hari ini masing-masing menafikan berita yang tersebar menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ kononnya mereka adalah antara ahli parlimen yang bakal mengambil langkah keluar meninggalkan parti. Menurut Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong,  kesetiaan beliau tetap pada parti dan […]

» Read more
1 2,379 2,380 2,381 2,382 2,383 2,434