Calon PH Cameron Highlands Ditempelak Buat Kenyataan Bodoh, Belum Bertanding Dah Tunjuk Belang

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk N.Muneandy hari ini menempelak kenyataan ‘bodoh’ pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memperkecilkan kebolehan Orang Asli berhubung pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor. “Kalau sebelum bertanding dah tunjuk belang dan memandang rendah penduduk kawasan Cameron Hinghlands, selepas menang terus tak nampak batang […]

» Read more

Menteri Kewangan Kena Belajar Cara Kira Peratusan Betul Ikut Matematik Darjah Tiga

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyangkal laporan Nomura Global Research yang telah menurunkan rating pasaran saham Malaysia serta memberi amaran tentang kebergantungan negara terhadap hasil minyak. Tegasnya, jika Lim Guan Eng membuat perbandingan antara sebelum PH menang dan selepas menang, akan membuktikan bahawa kenyataan Nomura […]

» Read more

Apa Yang BN Buat Dulu Terbukti Betul…Baru PH Tahu Pentingnya Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Fenomena menghina Institusi Raja-raja Melayu semakin menjadi-jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah apatah lagi mereka dilihat tidak tegas mengambil tindakan dalam hal ini. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sekarang baru Kerajaan PH tahu betapa pentingnya Akta Hasutan. “Sebab itu pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik moratorium Akta […]

» Read more

Ahmad Said Pengerusi BPUN Terengganu, Apandi Ali Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sementara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini. Katanya, […]

» Read more

Mengata BN Tidak Boleh Bantu Rakyat.. “Orang Asli Apa Dap Tolong?”

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berterusan membuat dakyah kepada penduduk Cameron Highlands kononnya Barisan Nasional (BN) tidak mampu membantu rakyat. Dalam ciapan di Twitter miliknya, Annuar bertanya kembali kepada Setiausaha Agung Dap itu apakah jasa Dap membantu rakyat khususnya di kawasan parlimen tersebut. “Dap pulak bantu […]

» Read more

Peletakan Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Dan Selepasnya

Pada 6 Januari 2019, Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia meletak jawatannya. Tiada alasan diberikan. Saya juga tidak akan menduga. Bagi saya 6 Januari 2019 adalah suatu hari yang sangat penting bagi sistem raja berperlembagaan di Malaysia. Ia menunjukkan kematangannya. Jika YDPA, atas sebab-sebab yang diketahui olehnya, berpendapat bahawa baginda tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik sebagai seorang YDPA, atau jika […]

» Read more

Mana ‘Cakap Besar’ Konon PH Mampu Tadbir Negara Jauh Lebih Baik Dari BN?

KEPALA BATAS, 11 Jan – Pemerhati Politik Tempatan, Azizi Safar berkata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya meminta rakyat memberi Pakatan Harapan (PH) peluang yang lebih lama untuk mentadbir negara atas alasan menteri-menteri kerajaan tidak mempunyai pengalaman. Ini kerana, sejak dulu lagi PH sering menuar-uarkan mereka mampu mentadbir kerajaan jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN). “Sekarang baru […]

» Read more

‘Nasib, Rintihan Warga Felda’ … ‘Live’ Diskusi U3.0 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Janji-janji Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mahu menghapuskan hutang peneroka tidak dipenuhi, malahan nasib peneroka kini yang semakin terhimpit dengan kejatuhan teruk harga komoditi serta kekurangan hasil juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan Pakatan Harapan (PH). Justeru malam ini, Diskusi U3.0 akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Nasib, Rintihan Warga Felda’. Diskusi yang disiarkan […]

» Read more

Ekonomi Negara Semakin Merudum, Menteri PH Asyik Berdalih

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berterusan berdolak-dalih mengenai ekonomi negara yang semakin merudum sejak mereka mentadbir negara. Katanya, pemimpin kerajaan PH terutama menteri mungkin boleh berdalih menyatakan ekonomi negara dalam keadaan yang baik tetapi hakikatnya penarafan badan antarabangsa menyatakan sebaliknya. “Semalam agensi penarafan kredit Moody’s meletakkan […]

» Read more

Calon BN Cameron Highlands Disepakati Bersama, Komited Majukan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan syabas kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Md Noor yang bakal bertanding pada 26 Januari ini. Katanya, Ramli yang juga bekas Penolong Pesuruhjaya Polis berpangkat ACP adalah calon yang disepakati untuk bertanding mempertahankan kerusi tersebut. “Seorang anak tempatan […]

» Read more
1 2,313 2,314 2,315 2,316 2,317 2,434