Malaysia Negara ASEAN Terbaik Menentang Wabak COVID-19

ALHAMDULLILLAH Allah SWT menghantar seorang hamba Allah tepat pada masanya untuk menjadi Menteri Kesihatan.

Dr. Adham Baba tidak menduga dilantik seorang menteri. Apatah lagi sebagai Menteri Kesihatan.

Bersama Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, mereka setakat hari ini telah membuktikan kepada negara-negara ASEAN dan dunia bahawa negara Malaysia – adalah negara terbaik menguruskan wabak COVID-19 ini.

Hari ini, 15 April 2020, walaupun jumlah kes COVID-19 di Malaysia ialah 5,072 kes.

Tetapi, jumlah pesakit yang sembuh ialah seramai 2,647 kes.

Iaitu lebih daripada 50 peratus dari jumlah yang kena jangkitan COVID-19.

Di Thailand yang sembuh hanya 1,497 kes daripada 2,643 kes yang dijangkiti.

Di Filipina yang sembuh hanya 353 kes sahaja daripada 5,453 yang dijangkiti COVID-19.

Di Indonesia yang sembuh hanya 446 kes daripada 5,136 kes yang dijangkiti.

Di Singapura yang sembuh hanya 611 kes daripada 3,252 kes.

HAKIKATNYA:

1. Ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menemukan satu cara yang efektif untuk memulihkan pesakit-pesakit COVID-19.

2. Negara mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang berpandangan jauh dan amat pro-aktif di dalam menghadapi peperangan ini.

3. Patutlah, tiba-tiba Ketua Negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan dengan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (conference video) untuk mendapatkan rahsia kejayaan Malaysia ini.

4. Tidak dinafikan peranan yang amat besar oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah di dalam menangani wabak COVID-19 ini.

5. Tetapi perlu dinyatakan juga bahawa Noor Hisham mula dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman ketika itu.

6. Ini bermakna, Noor Hisham merupakan Ketua Pengarah Kesihatan ketika Dr. Dzulkefly menjadi Menteri Kesihatan ketika Pakatan Harapan memerintah.

7. Bermakna juga, Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan tidak mengambil langkah yang pro-aktif pada penghujung bulan Januari 2020 untuk menasihati kerajaan menutup sempadan negara dari pelancong negara China.

8. Maka, sebarang usaha mahu menjadi Ketua Pengarah Kesihatan ini sebagai hero ataupun ‘kambing hitam’ adalah satu usaha yang tidak adil.

9. Apa sebenarnya yang dilihat oleh rakyat, kepimpinan yang baik daripada Menteri Kesihatan yang baru ini iaitu Datuk Dr. Adham Baba, seorang benar-benar doktor perubatan, telah berjaya menangani wabak COVID-19 ini.

10. Kepimpinan Dr. Adham, telah berjaya membawakan prestasi terbaik dari kalangan Ketua Pengarah Kesihatan, doktor-doktor, jururawat dan frontliners.

11. Rakyat juga melihat kepimpinan terbaik dari PM TS Muhyiddin Yassin di dalam menangani wabak COVID-19 ini.

12. Pakej Rangsangan yang terbaik untuk membantu rakyat yang tengah susah. Rakyat sedar, nyawa perlu diselamatkan.

13. Rakyat berasa amat bersyukur semua mereka ini telah berkorban dan bersabung nyawa demi rakyat Malaysia.

TERIMA KASIH PM TSMY.

TERIMA KASIH DR. ADHAM BABA.

Terima kasih seluruh team Kementerian Kesihatan.

Sila tinjau carta di bawah ini, mengenai kedudukan negara-negara ASEAN yang berhadapan dengan Covid-19.

Salam.

Dato’ Saiful Bahar Arshad
Putrajaya

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.