Bil Naik Mendadak, Puteri UMNO Cadang Pengiraan Prorata

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Puteri UMNO mencadangkan agar pengiraan bulanan bil elektrik dikira prorata mengikut blok pertama 1-200/kWh bersamaan dengan RM0.20 sen dan blok kedua 201-300/kWh bersamaan RM0.30 sen bukan mengikut blok ketiga dan seterusnya yang mana cajnya jauh lebih tinggi. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ini memandangkan ramai yang mengeluh, terkejut dan marah apabila melihat bilTNB masing-masing. […]

» Read more

PRK DUN Chini: Atas Beberapa Faktor, BN Wajar Menang Tanpa Bertanding – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Berdasarkan beberapa faktor sewajarnya Barisan Nasional (BN) sebagai penyandang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini diberi peluang menang tanpa bertanding di kawasan tersebut, ujar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Katanya, antara faktor adalah seperti jumlah undi amat besar BN dan PAS (kini bergabung dalam Muafakat Nasional) perolehi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) […]

» Read more

Benarkah Negara Hadapi Zaman Gelap Selagi PH Tidak Ambil Semula Mandat?

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas mantan menteri Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mendakwa negara bakal menghadapi zaman gelap selagi PH tidak ambil semula mandat. Katanya yang membahasakan Dr Mujahid sebagai kekanda, walau apapun hujah yang diberikan, beliau yakin bahawa rakyat hari ini lebih tenang dan […]

» Read more

Ismail Sabri Kongsi Cabaran Lapor Perkembangan PKP Setiap Hari

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Sejak hampir tiga bulan lepas, apabila negara dilanda pandemik COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia. Kemunculan beliau yang berperanan sebagai menteri yang menyampaikan laporan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian pukul 2.00 petang setiap hari dinantikan rakyat, selain Ketua Pengarah Kesihatan […]

» Read more

Frontliners COVID-19: APM Antara Agensi Terpilih Terima Anugerah Hari UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak pernah melupakan jasa Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam membantu menangani penularan pandemik COVID-19. Jelas beliau, APM sering memainkan peranan belakang tabir, namun jasa dan bakti agensi itu amat besar kepada negara. “Walaupun kita selalu nampak askar dan polis di atas jalan raya memainkan peranan sebagai […]

» Read more

PENJANA, Usaha Dan Rakyat Perlu Seiring

NEGARA telah memasuki fasa pemulihan COVID-19, setelah hampir 3 bulan kita menjalani kehidupan di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Alhamdulillah, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 telah melegakan rakyat dengan kelonggaran dan kebenaran beroperasi hampir semua sektor pendidikan, ekonomi dan sosial. […]

» Read more

Setiap Rakyat Kini Adalah Petugas Barisan Hadapan – Dr Adham Baba

ALOR SETAR, 11 Jun – Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setiap rakyat berperanan sebagai ‘petugas barisan hadapan’ bagi mengekang penularan COVID-19, sekali gus memutuskan rantaian pandemik itu di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Sehubungan itu katanya, bagi memperkasa Program Pengurangan Risiko Daerah COVID-19 (DRPP) dalam komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan konsep Cegah dan […]

» Read more

Kerajaan PH Selangor Dipersoal Naikkan Kadar Sewa, Tindakan Tak Munasabah

PETALING JAYA, 11 Jun – Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dibidas ekoran langkah yang tidak munasabah terhadap para penjaja khususnya penjaja-penjaja kecil di pasar Jalan Othman, di sini. Adzly Ab Manas dari Kumpulan Peguam Sukarelawan UMNO yang mewakili para penjaja melahirkan rasa terkilan ekoran tindakan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor hinggakan penjaja-penjaja di sini tertekan akibat […]

» Read more

Krisis COVID-19 Buktikan Negara Kecil Punyai Nilai Dan Keupayaan Tangani Cabaran

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Jumlah kes baharu COVID-19 semalam adalah paling rendah dicatatkan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya dua kes dan tiada penularan dalam negara. Sehubungan itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggangap bahawa negara kecil juga berupaya mengurus krisis ini dengan baik tanpa bergantung kepada agenda kuasa besar. “Krisis Covid-19 benar-benar menguji […]

» Read more

Ke Arah Bebas COVID-19: Teruskanlah Kawalan Kendiri, Patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kes baharu COVID-19 yang mencatat angka terendah semalam iaitu dua kes sahaja petanda baik menunjukkan negara kita bakal menuju sifar kes sekali gus bebas daripada pandemik itu sedikit masa lagi. Namun, ia semua bergantung kepada keampuhan rakyat melakukan kawalan kendiri mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) memandangkan tiada lagi kawalan pergerakan dan negara dalam fasa […]

» Read more
1 … 2,125 2,126 2,127 2,128 2,129 … 2,527