UMNO Nyata Tiga Saranan Tangani Krisis Pencemaran Sisa Toksik Di Pasir Gudang

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Susulan daripada tragedi pertumpahan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, UMNO turut terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap perkara ini. Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pertama, tragedi di Pasir Gudang telah menjadi krisis pencemaran dan jenayah biokimia yang serius, dan pada skala yang memerlukan segala daya usaha […]

» Read more

Malaysia Sekali Lagi Jadi Perhatian Dunia, Terkapai-kapai Tangani Pencemaran Sisa Toksik

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Nama Malaysia, sekali lagi terkenal negatif di media antarabangsa, berikutan kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, yang mengakibatkan hampir 1,000 orang, majoriti pelajar diberi rawatan termasuk rawatan sakit kritikal. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kejadian di Sungai Kim Kim menjadi penanda aras, apakah kita masih terkapai-kapai […]

» Read more

Bangkit Isu Pencemaran Toksik, Tiada Agenda Politik Tapi Prihatin Pada Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membangkitkan isu pencemaran sisa toksik di Dewan Rakyat hari ini bukanlah untuk tujuan politik tapi prihatin pada rakyat, tegas Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya, anggota Parlimen pembangkang amat serius untuk melihat perkara berkaitan pencemaran sisa toksik di kawasan Pasir Gudang dapat diselesaikan segera. “Menteri kata jangan […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS: Semua Pihak Boleh Berikan Pandangan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua pihak boleh memberikan pandangan walaupun berbeza pendapat mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS kerana ianya masih di peringkat jawatankuasa kerja yang belum memutuskan apa-apa mengenainya. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti menegaskan apa yang penting hari ini, jawatankuasa telah pun […]

» Read more

GERAM Bidas Kecuaian MB Dan Kerajaan Negeri Johor Tangani Krisis Sisa Toksik

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM), membidas kegagalan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Osman Sapian dan kerajaan negeri terbabit yang dianggap cuai menangani isu pencemaran toksik di Pasir Gudang sehingga ia merebak dan melarat. Jurucakapnya, Datuk Kamaruddin Ahmad selaku Pengerusi Biro Undang-undang dan Perlembagaan dari Kelab Sahabat N87 berkata sekiranya kerajaan Negeri Johor bertindak […]

» Read more

Pencemaran Toksik: MB Johor Gagal!

JOHOR BAHRU 14 Mac – Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya menyalahkan pembangkang dalam isu pencemaran toksik Sungai Kim Kim kerana mereka bersuara demi kesihatan dan keselamatan rakyat terutama di Pasir Gudang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka bukan mahu berpolitik atau mahu mempolitikkan isu berkenaan tetapi kesal dengan sikap angkuh dan penafian diri Menteri […]

» Read more

Kerajaan Wajar Isytihar Darurat Bencana Segera, Usah Kira Implikasi Kewangan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat dukacita dan terkesan mengikuti laporan media massa berkenaan bilangan mangsa kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim yang sudah mencecah 975 orang dan 111 buah sekolah telah ditutup sehingga notis pemberitahuan kelak. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keadaan nampaknya semakin tidak terkawal dan risiko kepada rakyat semakin […]

» Read more

Pencemaran Sisa Toksik: Isytihar Darurat Antara Tiga Cadangan Ahmad Maslan Untuk Kerajaan

 KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan cadangan agar kerajaan mengambil beberapa langkah berhubung pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor. Menurut beliau antara cadangan berkenaan adalah kerajaan mengisytiharkan darurat bencana toksik di daerah Pasir Gudang kerana sebelum ini darurat bencana pernah diisytiharkan ketika jerebu melanda. “Pada Jun 2013, Perdana Menteri waktu itu […]

» Read more

Pencemaran Toksik Melarat, Hairan… Kerajaan PH Seakan Ambil Mudah

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Senator Dewan Negara, Datuk Fahariyah Md Nordin melahirkan rasa hairan kenapa sampai sekarang kerajaan Pusat yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dilihat ambil jalan mudah dan masih tidak membuat apa-apa tindakan berhubung kejadian pencemaran toksik yang semakin melarat di Pasir Gudang. Katanya, isu di Pasir Gudang ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan negeri, tetapi sebahagian besar adalah […]

» Read more

Persoalan Mengenai Penjualan Aset Jadi Tumpuan Di Parlimen, PH Makin Panas

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Persoalan mengenai penjualan aset oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka akan terus menjadi tumpuan yang akan memanaskan sesi Sidang Dewan Rakyat sebagaimana yang berlangsung semalam. Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam telah bangkit mengutarakan persoalan mengenai penjualan aset termasuk yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan melihat pendekatan kerajaan PH cukup berbeza dengan […]

» Read more
1 1,896 1,897 1,898 1,899 1,900 2,075