Mat Hasan Kecewa PH Abai Kebajikan, Tutup Pusat Hemodialisis Mawar Sukarkan Pesakit

  REMBAU, 7 April – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Kesihatan serta kerajaan negeri berhubung penutupan Pusat Hemodialisis Mawar Hospital di Seremban yang memberi kesusahan kepada pesakit terus mendapatkan rawatan terbabit. Menurut beliau apa yang disuarakan itu bukanlah bermaksud untuk menyelamatkan hospital berkenaan tetapi apa yang penting adalah pusat homodialisis terbabit […]

» Read more

‘Flash Mob’ Anak Muda Rantau, Referendum Tolak Pakatan Harapan

  REMBAU, 7 April – Anak-anak muda Rantau hari ini membuat ‘flash mob’ bagi menyatakan satu referendum menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal melunaskan janji-janji walaupun telah memegang tampuk pemerintahan hampir sebelas bulan, selain kegagalan menguruskan ekonomi negara dengan baik. Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ia sebagai satu ekspresi ketidakpuasan hati golongan muda […]

» Read more

Dakwaan Salah Laku : Jangan Cakap Saja.. Lapor Pada Pihak Berkuasa – Tok Mat

  Rembau, 7 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan  Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan percaya banyak lagi provokasi yang akan dilemparkan terhadap beliau dalam fasa minggu kedua kempen sebagai usaha ‘membunuh’ karakternya. Beliau berharap jika mereka yang mempunyai persoalan termasuklah soal salah laku semasa menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, perkara berkenaan […]

» Read more

Perang Poster Kian Rancak, Pengundi Luah Secara Terbuka Pangkah Tok Mat Sabtu Ini

  REMBAU, 7 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang memasuki hari kelapan memperlihatkan suasana yang cukup meriah. Perang poster di sekitar kawasan DUN Rantau dipenuhi dengan bendera parti yang bertanding antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Bendera dan poster calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat berada di […]

» Read more

Agenda Penyatuan Ummah Wawasan Tok Mat

REMBAU, 7 April – Agenda penyatuan ummah menjadi wawasan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hasil daripada pertemuannya bersama kepimpinan tertinggi PAS selepas diberi tanggungjawab sebagai orang nombor dua di dalam parti. Ianya timbul apabila melihat kesan daripada perpecahan orang Melayu yang semakin kritikal ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), jelas Mohamad yang menjalankan tugas-tugas presiden parti. “Ke mana […]

» Read more

Kita Tunggu Minyak Turun, Sekali Hibah Yang Turun… – Najib

KUALA LUMPUR, 6 April – “Kita tunggu harga minyak turun, sekali hibah (Tabung Haji) yang turun,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program ‘Townhall 2019: Politik Malaysia Baru’ bersama pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Najib berkata, harapan […]

» Read more

PH Kerajaan Sepenggal, Rakyat Sudah Menyampah Tahap Maksima

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hari ini adalah hari untuk mara ke hadapan dalam membela rakyat kerana jelasnya rakyat akan terus bangun atas kesedaran maksimum bahawa kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan sepenggal. Jelas beliau, kegagalan pimpinan PH ini harus digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bangun dan lakukan perubahan. “Dalam […]

» Read more

UEC: Kulasegaran Belakangkan Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 6 April – Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran membelakangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila mengeluarkan kenyataan bahawa lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) layak untuk menyambung pengajian dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini ekoran beberapa hari lalu Perdana Menteri menegaskan bahawa keputusan untuk megiktiraf UEC hanya boleh dibuat oleh kerajaan. Berikut […]

» Read more

Tohmahan Terhadap Tok Mat Perkara Biasa, PRK Cameron Highlands Pun Sama – Wan Rosdy

  REMBAU, 6 April –  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail  percaya tohmahan dan segala perkara yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan (PH) terhadap calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan termasuklah dakwaan ketiadaan pembangunan di kawasan berkenaan adalah semata-mata untuk mencari undi. Menurut beliau perkara sama digunakan […]

» Read more

Statut Rome: Kerajaan PH Terpaksa Tarik Balik Kerana Tekanan Politik?

KUALA LUMPUR, 6 April – Kekecewaan Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membatalkan apa yang telah mereka putuskan adalah difahami tetapi kerajaan tidak seharusnya memberi alasan dengan cuba menuduh pihak yang lain, tegas Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa Katanya, isunya bukan sekadar baik buruk Statut Rome pada negara tetapi cara dan proses yang dilakukan oleh […]

» Read more
1 1,877 1,878 1,879 1,880 1,881 2,077