PH Kerajaan Sepenggal, Rakyat Sudah Menyampah Tahap Maksima

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hari ini adalah hari untuk mara ke hadapan dalam membela rakyat kerana jelasnya rakyat akan terus bangun atas kesedaran maksimum bahawa kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan sepenggal.

Jelas beliau, kegagalan pimpinan PH ini harus digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bangun dan lakukan perubahan.

“Dalam pada itu kita harus meraikan kepelbagaian agama, bangsa dan latar belakang. Justeru, mari kita wujudkan penyatuan dan kita akan menggantikan kerajaan sepenggal ini memandangkan rasa menyampah rakyat kepada PH semakin maksima,” ujar beliau dalam Program ‘Townhall 2019: Politik Malaysia Baru’ bersama pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Tegas Zahid, jika sebelum ini penglibatan NGO bersama BN adalah kurang tetapi kini ia bertambah dan ini membuktikan rakyat pelbagai peringkat sudah meluat kepada PH.

Selain itu, Zahid juga menjelaskan MCA dan MIC tidak perlu berasa bimbang gabungan antara UMNO dan PAS kerana PAS telah membuktikan pentadbiran mereka di Kelantan tidak meminggirkan mana-mana bangsa dan agama.

“PAS menjaga keharmonian dan Islam adalah agama yang mementingkan keamanan. Ini juga dapat kita lihat melalui kemenangan di PRK Cameron Highlands dan Semenyih kerana antaranya adalah impak dari ukhuwah antara UMNO dan PAS,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.