Tuduh Rasis Dan Serang Peribadi, Fitnah Terdesak PH Untuk Menang PRK Rantau

RANTAU, 12 April – “Patung besar di Batu Caves pun UMNO tidak usik… walau PAS dituduh ekstrim tapi patung besar di Kelantan pun juga tidak diusik, jadi macamana kita dituduh rasis dan disamakan macam Taliban,” ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau Ustaz Shukri Samsudin. Jelas beliau, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya hanya mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam kerana mereka sedar […]

» Read more

Lautan Manusia Di Angsamas, Mesej Awal Pengundi Rantau

REMBAU,12 April – Lautan manusia yang membanjiri Tapak Pasar Malam Angsamas malam tadi pada Ceramah Perdana Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memperlihatkan mesej awal pengundi di kawasan tersebut yang akan membuang undi esok. Kehadiran pimpinan parti pembangkang khususnya calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad […]

» Read more

Tok Mat Ada Rekod Cemerlang, Yang Menang Sekarang Hanya Tumpang Rekod Tok Mat – Presiden PAS

REMBAU, 12 April – Prestasi cemerlang calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan dan wakil rakyat di kawasan tersebut adalah bukti mengapa beliau mesti dipilih, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perkhidmatan Mohamad yang menyantuni rakyat serta menjaga kepentingan mereka […]

» Read more

Hina Agong: UMNO Jerantut Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 12 April – UMNO Bahagian Jerantut hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun facebook Sabah Sarawak Merdeka yang didakwa memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong. Ketuanya Datuk Nazri Ngah berkata, tindakan tersebut adalah sesuatu yang biadap dan menghina institusi Raja-raja Melayu. “UMNO bahagian Jerantut mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang bertindak biadap sebegini. Justeru, pihak berkuasa perlu […]

» Read more

Ibu Pejabat UMNO Nafikan Berkait Laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’

KUALA LUMPUR, 12 April – Ibu Pejabat UMNO hari ini menafikan terlibat atau mempunyai apa-apa kaitan dengan laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang dikesan menggunakan nombor telefon rasmi Ibu Pejabat UMNO. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Ibu Pejabat UMNO tidak pernah mempunyai atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mewujudkan laman Facebook atau apa-apa media sosial berkaitan. “Kami […]

» Read more

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi Merudum… PH Tiada Kebolehan Urus Negara – Tok Mat

REMBAU, 12 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan kecewa melihat keadaan ekonomi negara yang semakin menguncup semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Timbalan Pengerusi BN itu berkata, ini berdasarkan bukti Bursa Malaysia yang semakin merudum daripada diniagakan di paras 1,868 mata pada Mei 2018 turun hingga ke […]

» Read more

Rakyat Rantau Duta BN, Signal Kepada PH Jangan Angkuh

REMBAU, 12 April – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyeru mereka yang hadir dan memenuhi Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai duta Barisan Nasional (BN) dalam usaha meyakinkan pengundi untuk mengundi Tok Mat Sabtu ini. “Yang penting perjumpaan hari ini kita ada beberapa jam sahaja untuk PRK DUN Rantau. Mereka […]

» Read more

Pilih Orang Yang Banyak Jasa Atau Yang Balai Bomba Pun Tak Tahu Di Rantau – Ismail Sabri

  REMBAU, 12 April – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata pengundi kawasan Rantau hanya mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu ini sama ada untuk calon yang sememangnya bergelumang di kawasan terbabit atau mereka daripada luar. Menurut beliau dalam memilih wakil rakyat, biarlah orang […]

» Read more

Dulu Untung Berbilion, Tiba-tiba Sekarang Rugi Berbilion.. Inilah Kerajaan PH – Bung Mokhtar

REMBAU, 12 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mencuit gelak hadirin di Kg Sega Hulu apabila secara sinis berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Sabtu ini. Dengan mengungkapkan pantun yang dipinjamkan daripada Ustaz Idris Ahmad, beliau berkata kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Read more

Niat Jahat Hukum Najib, Dari Tiga Bulan Kepada Usul Baru, Tetap Sama – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR,11 April- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebenarnya pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sudah lama berniat jahat untuk menghukum Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Jelas beliau, ini disebabkan isu ‘embargo’ yang dipertikaikan itu sebenarnya telah menjadi umum dan bukannya menjadi rahsia kerajaan kerana sesiapa sahaja boleh mengakses ‘website’ Parlimen. “Kita tidak […]

» Read more
1 1,870 1,871 1,872 1,873 1,874 2,076