Niat Jahat Hukum Najib, Dari Tiga Bulan Kepada Usul Baru, Tetap Sama – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR,11 April- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebenarnya pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sudah lama berniat jahat untuk menghukum Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Jelas beliau, ini disebabkan isu ‘embargo’ yang dipertikaikan itu sebenarnya telah menjadi umum dan bukannya menjadi rahsia kerajaan kerana sesiapa sahaja boleh mengakses ‘website’ Parlimen.

“Kita tidak bersetuju isu tentang ‘embargo’ tetapi bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa dokumen ini sudah menjadi ‘public document’ apabila ‘website’ Parlimen telah mengeluarkannya pada 9 April dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja walaupun Menteri membentangkan kenyataan pada 10 April.

“Usul untuk menggantung Pekan selama tiga bulan ini ditukar kepada dihadapkan ke ‘select committee’ dan dihantar kepada dewan ini, cuma mereka tidak mahu macam ganas, zalim jadi mereka tukar dari tiga bulan kepada usul baru tetapi kesannya nanti tetap sama,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh Pekan (memuatnaik dokumen ke media sosial) selepas dokumen itu menjadi umum dan menganggap Pekan tidak sepatutnya dihukum ataupun dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tetapi majoriti ahli Parlimen kerajaan yang membuat keputusan ini.

“Tindakan salah atau tidak salah, mereka tetap menggunakan hak sebagai majoriti dan mereka buat keputusan berdasarkan suara serta kuasa mereka yang lebih besar.

“Sebab itu kita berpandangan bahawa tindakan terhadap Pekan ini ada agenda tertentu untuk mengenakan Pekan dan semua blok pembangkang tidak bersetuju sewaktu pengundian itu dijalankan,” ujarnya.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong telah membentangkan usul bagi membawa ahli Parlimen Pekan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran tindakan Pekan memuat naik kertas putih Felda di media sosial. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.