Pilih Orang Yang Banyak Jasa Atau Yang Balai Bomba Pun Tak Tahu Di Rantau – Ismail Sabri

 

REMBAU, 12 April – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata pengundi kawasan Rantau hanya mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu ini sama ada untuk calon yang sememangnya bergelumang di kawasan terbabit atau mereka daripada luar.

Menurut beliau dalam memilih wakil rakyat, biarlah orang yang hendak dipilih itu boleh bergantung harap dan sememangnya telah lama kenal seseorang calom berkenaan.

“Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat sebagai calon Barisan Nasional (BN) merupakan anak Rantau yang pastinya faham dengan kehendak masyarakat kampung ini dan dah masak dengan masalah di sini sebab beliau anak jati di sini. Calon lagi satu orang Klang…balai bomba pun tidak tahu dah ada. Jadi maknanya kalau nak pilih biar kita boleh bergantung…orang yang boleh kita bergantung adalah orang yang kita kenal dan orang yang kenal dengan kita. Ini perbezaan besar antara Tok Mat dengan pihak lawan.

“Keduanya apa jasanya  kepada orang kampung berbanding dengan Tok Mat. Macam-macam yang Tok Mat buat… saya jaga Sendayan…. terkejut saya, saya ingat Kg Sendayan macam kawasan kampung Felda tempat saya… tengok punya maju kawasan berkenaan… orang Kg Sendayan dengan rumah banglo besar-besar dan sebagainya. Jasa Tok Mat…takkan di sini tidak ada jasa Tok Mat…banyak jasanya.

“Beliau bukan minta duit kita… beliau bukan nak ajak minta tolong potong pokok dan sebagainya, sikit sahaja yang beliau minta yang diperlukan daripada kita iaitu undi beliau pada Sabtu ini.  Ketiganya  dari segi pengalaman politik dan ekonomi sebagainya..siapa tidak kenal Tok Mat tokong korporat daripada dahulu lagi …syarikat luar negara..beliau jadi CEO.. bangga anak Rantau. Dari segi politik 15 tahun sebagai menteri besar ekonomi dan pentadbiran bagus. Takkanlah Tok Mat kita nak tukar  dengan orang yang tidak kenal, tidak ada jasa dan tidak berpengalaman,” katanya.

Ismail seterusnya menambah kempen mereka yang menyatakan tidak ada keperluan pengundi memberikan undi kepada Tok Mat  dan memilihnya sebagai wakil rakyat kerana kerajaan Negeri Sembilan adalah kerajaan PH adalah satu perkara yang tidak betul kerana rakyat memerlukan pembangkang yang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apabila kita ada pembangkang kuat sebagai contoh di di Parlimen dasar kerajaan u-turn banyak kali. Sebab mmereka takut kepada kekuatan pembangkang. Mereka tidak boleh buat sesuka hati. Tengok kalau kita tidak tentang…dulu mereka buat ICERD, kita lawan mereka dan lawan di Parlimen. Angkat tangan mereka. Baru-baru ini Statute Rome…mereka tipu kita di dalam Parlimen. Bentang dalam Parlimen dah tandatangan dah…tetapi kita lanyak mereka tarik balik.

“Dulu isu Felda mereka tidak peduli…jual kelapa sawit tidak bayar dua bulan bulan kita complaint..elaun sara hidup…kita lanyak hari-hari dan semalam Menteri Ekonomi dah umum setuju untuk bayar balik daripada RM1500 turun kepada RM1,000 balik kepada RM1500…sebab apa…sebab suara pembangkang,” tambahnya.

Ismail seterusnya percaya dan penuh yakin Tok Mat nanti akan menjadi ketua pembangkang di DUN Negeri Sembilan dan dengan kepimpinan Tok Mat, Menteri Besar tidak akan berani melakukan yang bukan-bukan.

“Mereka mesti akhirnya akan akur dengan tekanan daripada pembangkang dan sebab itu kita perlukan pembangkang yang kuat. Nak pembangkang yang kuat pilih orang seperti Tok Mat yang berpengalaman.

“Jadi tentu sahaja kalau mereka mengatakan kita tidak boleh mengubah apa-apa kerana kita pembangkang, sebenarnya kitalah pembangkang yang akan mengubah apa sahaja dasar kerajaan negeri untuk kepentingan rakyat Negeri Sembilan,” ujarnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.