Dulu Untung Berbilion, Tiba-tiba Sekarang Rugi Berbilion.. Inilah Kerajaan PH – Bung Mokhtar

REMBAU, 12 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mencuit gelak hadirin di Kg Sega Hulu apabila secara sinis berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Sabtu ini.

Dengan mengungkapkan pantun yang dipinjamkan daripada Ustaz Idris Ahmad, beliau berkata kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu adalah kerana penipuan manifesto mereka.

“Pakatan Harapan menang sebab mereka tipu…manifesto semuanya tipu. Sebab itu kita di Dewan Rakyat tidak segan-segan. Saya pinjam pantun Ustaz Idris Ahmad semalam…

Kalau hendak pergi memancing

Jangan lupa membawa umpan

Kalau tidak mahu tuan-puan kena kencing

Jangan sokong Pakatan Harapan.

Bung seterusnya melahirkan kehairanan dengan apa yang diperkatakan oleh kerajaan hari ini termasuklah soal kerugian yang dibangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan Tabung Haji, Felda dan sebagainya.

“Asal baca di Dewan Rakyat TH rugi billion-bilion… baca Felda rugi billion-bilion… semua billion-bilion. Tetapi 2017 ketika  BN memerintah pada waktu itu untungnya billion-bilion dan sampai 2019 rugi terus.

“Saya tidak tahu dan ini bermakna mereka tidak pandai mengurus ekonomi negara… tidak pandai membela untung nasib rakyat.  Harga sawit kita makin hari makin turun dan tidak  ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan harga komodoti kita”, ujarnya.

Justeru tegas beliau ini sebenarnya bukan satu perkara yang diurus dengan baik oleh kerajaan.

“…dan dua hari lalu…oleh kerana mereka sudah tidak ada sumber lain…mereka syorkan pula levi untuk ke luar negara.

“Negara ASEAN tambahan RM20 dan selain daripada ASEAN RM40.00… inilah kerajaan PH buat bukan tolong rakyat seperti mana yang dijanjikan,” katanya.

Tambah beliau lagi fitnah dan tohmahan berkeliaran pada PRK DUN Rantau namun beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yakin serta percaya pengundi bijak membuat pertimban dan penilaian dalam memilih wakil rakyat untuk mereka.

“Saya yakin dan percaya di Kg Sega Hulu dan lain-lain kawasan, percaya pengundi boleh menggunakan kebijaksanaan pada Sabtu ini untuk mengundi calon BN, Tok Mat.

“Ini yang penting dan lain-lain kita lupakan dahulu …ingat dalam pemikiran kita sehingga ke hari mengundi, jangan gundah gulana lagi walaupun ada ribut dan sebagainya tetap undi nombor satu iaitu BN demi kepentingan rakyat,” tambahnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.