Banjir Di Kedah: Sukarelawan Dan Sumbangan Kewangan Diperlukan Bantu Keluarga Terjejas

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Sukarelawan diperlukan bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Jerai dan Merbok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau juga turut mengalu-alukan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana alam ini. “Banjir lumpur yang teruk membabitkan 1500 buah rumah kawasan Jerai dan 200 buah rumah kawasan Merbok. […]

» Read more

UMNO Junjung Kasih YDP Agong, Harap Ismail Sabri Dapat Terjemah Hasrat Parti Penuhi Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – UMNO menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO berharap dengan perlantikan ini, maka Naib Presiden parti itu menterjemahkan hasrat parti untuk membawa aspirasi rakyat […]

» Read more

Presiden, Kepimpinan MKT Dan Ahli UMNO Seluruh Negara Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Sabri Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga merakamkan setinggi penghargaan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja […]

» Read more

Keutamaan Presiden Adalah Masa Depan Parti Keramat Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai Presiden parti, kini keutamaan beliau adalah masa depan parti keramat agama, bangsa dan negara. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau tahu wujud kerisauan dalam kalangan ahli UMNO terhadap perkembangan politik semasa. “Bagaimanapun yakinlah UMNO tetap UMNO. Kepada seluruh ahli UMNO ini jaminan saya. Presiden […]

» Read more

Ismail Sabri Dilantik Perdana Menteri Kesembilan – Istana Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Bera yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil […]

» Read more

Banjir Di Kedah: Ahmad Zahid Berdoa Semoga Ujian Segera Berakhir, Syabas UMNO Kedah Pantas Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Terkesan dengan kejadian banjir di kawasan berhampiran Gunung Jerai di Yan, Kedah, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berdoa semoga ujian Allah SWT di Jerai dan kawasan sekitarnya dapat diangkat ditamatkan segera. Dalam satu hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengucapkan syabas kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO […]

» Read more

Veteran UMNO Gesa MN Perlu Digerakkan Semula Di Peringkat Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menggesa UMNO dan PAS peringkat kebangsaan untuk mengerakkan dan mengaktif semula Muafakat Nasional (MN) di peringkat akar umbi bagi memastikan aktiviti-aktiviti kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu tidak terjejas dalam apa jua keadaan. Tegasnya, MN tidak harus sekadar menjadi retorik politik sebaliknya harus menterjemahkan piagamnya untuk […]

» Read more

Negara Perlukan Sebuah Kerajaan Stabil, Fokus Tangani Isu Kesihatan Dan Ekonomi – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka Dr Akmal Salleh berpandangan dalam situasi politik semasa siapapun yang dipilih sebagai Perdana Menteri ia tetap akan menjadi kerajaan yang ampuh dan rapuh. Ini kerana katanya, kerajaan yang dibentuk hanya mempunyai majoriti yang amat tipis untuk dan kerajaan yang rapuh dan ampuh tidak bagus untuk negara yang kini […]

» Read more

Kerajaan Baharu Perlu ‘U-Turn’ Jangan Benarkan Pengembara Kuarantin Di Rumah – Najib

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berharap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau kerajaan baharu akan buat ‘u-turn’ serta-merta dengan tindakan membenarkan pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia menjalani kuarantin wajib di rumah sejak dua minggu lepas. “Langkah ini tidak memberi apa-apa manfaat […]

» Read more

Kemelut Politik Berpanjangan Semenjak PRU14, Bawa Impak Kepada Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Negara berdepan kemelut politik yang berpanjangan semenjak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pemerhati politik Noorhajran Mohd Noor. Jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut rakyat dipertontonkan dengan drama politik yang tidak berkesudahan sehinggakan kesannya masih berlaku sehingga ke hari ini. “Tidak ada dalam dunia seperti yang terjadi di negara kita pada ketika ini. Kalau kita lihat […]

» Read more
1 … 1,816 1,817 1,818 1,819 1,820 … 2,530