Isu Kartel Daging Haram: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis, Ulangi Desakan Tubuh Pasukan Khas

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulangi pendirian tegas mereka bahawa kerajaan perlu bertindak segera menubuhkan Pasukan Khas berhubung isu penyeludupan kartel daging haram yang diragui status halal di negara ini. Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam membuat keputusan, urusan kawal selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri Halal […]

» Read more

Terjemahkan Kekuatan Parti Dalam Bentuk Gerak Kerja, Berkhidmat Kepada Rakyat – Ir Hasni

JOHOR BAHRU, 28 Dis – Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata UMNO perlu menterjemahkan kekuatan parti dalam bentuk gerak kerja iaitu berkhidmat kepada rakyat dan bukan hanya melaungkan kekuatan yang ada. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, semua pendukung parti memikul satu amanah yang amat besar untuk memastikan UMNO terus menjadi parti yang utama. “..dan untuk […]

» Read more

Kerjasama Dengan PN: Mesyuarat UMNO Bahagian Ambil Kira Pandangan Akar Umbi – Saarani

IPOH, 28 Dis – UMNO akan mengambil kira pendapat dan pandangan pimpinan di peringkat akar umbi, mengenai kerjasama antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian empat peringkat, yang bermula Jumaat ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, kesemua pendapat dan pandangan itu akan diteliti secara terperinci oleh Majlis Tertinggi UMNO, yang dijadual […]

» Read more

“Jika Buat RCI TH, Bukan Pendeposit Yang Lari… Saya Bimbang Kekanda Dan PH Yang Lari,” Sinis Najib

KUALA LUMPUR, 28 Dis – “Jika buat RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) TH (Tabung Haji), bukan pendeposit yang lari. Saya bimbang kekanda dan PH (Pakatan Harapan) yang lari.” Demikian sinis Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu komen di dalam satu status Facebooknya kepada bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerajaan PH Datuk Seri Dr Mujahid […]

» Read more

Isu Kartel Daging Haram: Lagi Pihak Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas, Drastik

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar tindakan drastik dan tegas diambil dalam kadar segera bersesuaian dengan enam saranan yang telah dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini berhubung isu kartel daging haram. Kata Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid, sesemua pihak yang terlibat umpama pengkhianat negara kerana sanggup membelakangi agama demi kepntingan peribadi. “Tindakan terhadap […]

» Read more

BN Perlu Berani Berubah, Lebih Terbuka – Pemuda UMNO Johor

  KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong dan menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan supaya BN membina kekuatan baharu termasuk menerima penyertaan beberapa parti politik yang sebelum ini menjadi rakan parti. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menjelaskan Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat memaklumkan BN tidak lagi […]

» Read more

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Siasatan, Dedah Segera Syarikat Kartel Daging Haram

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pemuda UMNO mendesak agar ditubuhkan segera Pasukan Khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri Halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tegas Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ini katanya, bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk […]

» Read more

BN Terbuka Terima Mana-Mana Parti Sertai Gabungan – Mohamad

NILAI, 27 Dis – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan. Beliau berkata ini kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. “Kita mesti bersifat inklusif bukannya eksklusif lagi. Maka jika […]

» Read more

Negara Perlukan Kerajaan Yang Kuat Untuk Tadbir Urus Cekap – Najmil

KUALA LUMPUR,27 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pembangunan serta kejayaan ekonomi yang di nikmati hari ini adalah jasa terbesar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersifat inklusif meliputi aspek pembangunan bandar serta luar bandar. Jelas beliau, jika mahu pembangunan negara terus mampan, negara ini perlukan kerajaan yang kuat dengan tadbir urus yang cekap […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Bahagian: Beri Usul-usul Yang Baik Kepada Parti, Kerajaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada 1, 2 dan 3 Januari 2021 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat bersidang dan berharap agar perwakilan akan memberikan usul-usul yang baik kepada parti dan kerajaan. “Mesyuarat Perwakilan […]

» Read more
1 1,809 1,810 1,811 1,812 1,813 2,421