Kabinet Baharu, Pelantikan Semula Menteri Kewangan Diharap Penuhi ‘Tuntutan Rakyat’ – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pelantikan semula Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai menteri kewangan akan dapat penuhi segera ‘Tuntutan Rakyat’.

Katanya, hal ini berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) , Bantuan Khas COVID-19 (BKC), moratorium, i-Citra 10 ribu ‘lump-sum’, suntikan fiskal tambahan, isu birokrasi dalam rayuan dan lain-lain.

“Pemuda UMNO akan terus mendesak hingga berhasil dan rakyat dapat manfaat,” katanya menerusi kenyataan pendek dalam laman facebooknya sejurus Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinet kerajaan hari ini.
Dalam hantaran terdahulu, Dr Asyraf menekankan bahawa Pemuda UMNO tidak akan sesekali berdiam diri dan akan berterusan mendesak walaupun PM hari ini UMNO.

“Tuntutan rakyat adalah rumusan yang Pemuda UMNO kemukakan berasaskan maklum balas rakyat yang disampaikan kepada kami.

“Sejak dari awal pelbagai pendekatan dilakukan termasuklah saya sendiri telah kemukakan dan perjelaskan hampir 1 jam setengah kepada Menteri Kewangan waktu kerajaan lama PN setiap persatu ‘Tuntutan Rakyat’, bahkan hampir setiap hari follow up melalui whatsapp

“Insya-Allah, saya dan Pemuda UMNO akan terus membuat tindakan susulan untuk ‘follow-up’ dan ‘follow-through’ dengan PM dan kabinet baru yang diumumkan pagi ini sehinggalah segala tuntutan ini dapat dipenuhi,” katanya.

Jelasnya, yang paling mendesak ketika ini ialah BKC kerana ramai mesej secara peribadi menggambarkan keadaan mereka yang amat susah dan terdesak ketika ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.