Manifesto BN Realistik, Mampu Pacu Johor Ke Arah Maju 2030 – Syed Hussien

KLUANG, 1 Julai – Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya satu pelan tindakan yang realistik berasaskan rekod pencapaian kerajaan negeri dalam tempoh empat tahun lalu. Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berkata manifesto tersebut merupakan kesinambungan kepada pelbagai kejayaan yang […]

» Read more

Bertembung Di Pasar Malam, Ramlee Tetap Fokus Pertahan Kempas

PULAI, 2 Julai – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas menyaksikan suasana meriah apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramlee Bohani, bertembung dengan dua pencabarnya ketika berkempen di Pasar Malam Taman Dahlia, malam semalam. Turut hadir menyantuni pengundi ialah calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Faezuddin Mohd Puad, serta calon Parti Bersama, Salamahafifi Mohd Yusnaieny, […]

» Read more

Titah Sultan Selangor Dedah Hakikat Sebenar Projek LRT3 – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata titah Sultan Selangor berhubung perjalanan projek Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sendiri sejarah sebenar pelaksanaan projek tersebut. Menurut beliau, titah baginda yang menyentuh perubahan skop projek ketika pentadbiran terdahulu, termasuk pengurangan beberapa komponen penting projek, memperlihatkan fakta […]

» Read more

Bukit Pasir Perlukan Kesinambungan Pembangunan, Bukti Khidmat Cemerlang BN

PAGOH, 1 Julai – Agenda memperkasakan kesejahteraan rakyat, merancakkan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan sosial di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir terus menjadi keutamaan Barisan Nasional (BN). Melalui rekod khidmat cemerlang sepanjang penggal lalu, penyandang dan calon BN Mohamad Fazli Mohamad Salleh membuktikan bahawa BN sentiasa berpaksikan politik khidmat bakti demi kemakmuran setempat. Dalam majlis ramah mesra bersama Timbalan Pengerusi […]

» Read more

UMNO/BN Terbuka Terima Sokongan, Rekod Ekonomi Johor Bukti Keupayaan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan UMNO/Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan sokongan serta arahan kepimpinan PAS kepada penyokong mereka untuk mengundi calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau berkata, dalam sistem demokrasi, setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih serta menyokong mana-mana calon yang diyakini mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat. […]

» Read more

Kesepaduan Jentera Perkukuh Keyakinan BN Menang – Johan

BATU PAHAT, 1 Julai – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz menegaskan UMNO Selangor komited menggalas amanah membantu jentera tempatan di Batu Pahat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional BN (BN) pada Pilihan Raya Negeri PRN Johor. Beliau berkata, keyakinan terhadap kemampuan BN semakin meningkat apabila melihat kesungguhan serta komitmen jentera di peringkat pusat dan akar umbi […]

» Read more

PRN Johor: Dakwaan Pembangunan Tidak Seimbang Tidak Benar, JETP Jamin Kemajuan Menyeluruh – Onn Hafiz

MUAR, 1 Julai – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menepis dakwaan segelintir pihak kononnya pembangunan di negeri itu tidak seimbang sehingga memaksa penduduk berhijrah keluar, sebaliknya menegaskan pembangunan setiap daerah dipandu pelan kemajuan menyeluruh. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor menjelaskan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) kerangka kemajuan dirancang secara menyeluruh dengan memberikan tumpuan strategik […]

» Read more

BN Tepati Aspirasi Rakyat, Johor Perlu Kekal Stabil – Latif Bandi

MERSING, 1 Julai – Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) sentiasa menepati kehendak rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan dan kebajikan masyarakat di negeri ini. Menurutnya, keutamaan BN jelas memperlihatkan usaha berterusan dalam membantu rakyat yang memerlukan, seiring dengan kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi Johor ketika ini. “Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan keperluan […]

» Read more

BN Buktikan Semangat Muafakat Atasi Perbezaan – Youzami

TENGGAROH, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Youzami Yusof menyifatkan peluang yang diberikan kepada UMNO untuk bertanding di kerusi itu sebagai satu pengiktirafan besar selepas lebih empat dekad kerusi berkenaan diwakili parti komponen lain dalam BN. Menurut beliau, sebelum ini kerusi DUN Tenggaroh diwakili oleh MIC selama kira-kira 40 tahun, manakala sebelum itu […]

» Read more

Biar Rakyat Johor Tentukan, Bukan Kenyataan Sombong Nga Kor Ming

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul mengajak rakyat Johor menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan untuk menghantar mesej jelas kepada Dap dengan memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN). Beliau yang turun berkempen bersama Jentera UMNO dan Barisan Nasional Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Johor Jaya dan N.43 […]

» Read more
1 … 179 180 181 182 183 … 2,517