Bukit Pasir Perlukan Kesinambungan Pembangunan, Bukti Khidmat Cemerlang BN
PAGOH, 1 Julai – Agenda memperkasakan kesejahteraan rakyat, merancakkan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan sosial di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir terus menjadi keutamaan Barisan Nasional (BN).
Melalui rekod khidmat cemerlang sepanjang penggal lalu, penyandang dan calon BN Mohamad Fazli Mohamad Salleh membuktikan bahawa BN sentiasa berpaksikan politik khidmat bakti demi kemakmuran setempat.

Dalam majlis ramah mesra bersama Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini, Mohamad Fazli menzahirkan komitmen beliau untuk meneruskan rentak pembangunan yang inklusif, termasuk di Kampung Jorak dan sekitar Bukit Pasir.
Tambahnya, sepanjang sepanjang mandat yang diberikan rakyat, portfolio beliau selaku Exco Kerajaan Negeri Johor dimanfaatkan sepenuhnya bagi membawa perubahan fizikal yang ketara.
“Salah satu perkara yang utama, kita bina jalan dulu dan insya-Allah akan siap 2027 menggunakan peruntukan negeri RM20 juta. Begitu juga projek infrastruktur seperti padang awam dengan lampu dan sistem perparitan yang lebih sistematik. Juga kemudahan trek jogging baharu sedang dibina.
“Alhamdulillah tahun ini dapat peruntukan RM2 juta untuk membuat Jorak Waterfront. Projek ini bukan sahaja mengindahkan tebing sungai malah bakal menjadi pusat riadah komuniti dan tarikan pelancongan domestik. Lebuhraya WCE turut dirancang di kawasan berhampiran Sungai Terap,” katanya lagi.
Manakala menyentuh soal kebajikan rakyat, Mohamad Fazli menyifatkan hubungan erat dengan pengundi sebagai tunjang kekuatannya.
“Sepanjang tempoh berkhidmat, program turun padang seperti penyerahan bakul kasih makanan telah digerakkan secara menyeluruh merangkumi lima kampung utama iaitu Tanjung Olak, Padang Lalang, Pengkalan Bukit, Jalan Raja, dan Jorak.
“Setiap rumah di kawasan-kawasan ini telah kita santuni. Ini bukan sekadar soal memberi bantuan, tetapi memastikan tiada seorang pun warga Bukit Pasir yang terpinggir,” katanya.
Melihat kepada rekod pencapaian dan perancangan yang tersusun ini, Mohamad Fazli berharap jentera parti terus bekerja kuat dan pengundi memberikan mandat yang kukuh kepada BN pada hari pengundian 11 Julai ini demi kestabilan dan kemakmuran. – UMNO ONLINE
