6 Teras Maju Johor Jadi Komitmen BN Bina Masa Depan Gemilang – Yusla 

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) N.24 Senggarang, Yusla Ismail menegaskan komitmen gabungan itu untuk terus membawa Johor melangkah ke hadapan menerusi pelaksanaan enam Teras Maju Johor yang menjadi tunjang pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat. Menurut beliau, enam teras berkenaan dirangka bagi memastikan pembangunan Johor dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek pentadbiran, ekonomi, kebajikan serta keperluan rakyat. Katanya, […]

» Read more

Bekas ADUN Dap Bongkar, Ruang Rakyat Menilai

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata pendedahan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berhubung pengalamannya dalam Dap membuka ruang kepada rakyat menilai sendiri dakwaan mengenai amalan politik persepsi yang dimainkan parti itu. Menurut beliau, Marina bukan pemimpin UMNO mahupun Perikatan Nasional, sebaliknya bekas wakil rakyat Dap […]

» Read more

RUU Jenayah Siber Cermin Komitmen Kerajaan Melindungi Keselamatan Negara, Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi keselamatan negara, kepentingan awam dan kesejahteraan rakyat. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemajuan pesat turut membuka ruang kepada eksploitasi dan jenayah siber yang semakin kompleks. “Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya masing-masing pada 10 September […]

» Read more

Cikgu Selamat Takim Nafi Tohmahan Tiada Pembangunan Di DUN Sg Balang

MUAR, 1 Julai – Calon dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang Cikgu Selamat Takim menafikan tohmahan yang dilemparkan terutama di ruang media sosialnya kononnya tiada pembangunan sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Tambahnya, ia tidak terhenti di situ apabila turut dihujani kecaman hanya kerana beliau sering menyiarkan berita-berita melakukan ziarah kepada orang yang sakit dan […]

» Read more

BN Pilih Kempen Berhemah, Fokus Khidmat Kepada Rakyat – Sumali

PONTIAN, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan menegaskan pendekatan kempen secara bersemuka dan berhemah lebih berkesan dalam meyakinkan pengundi berbanding budaya menyerang atau memburukkan pihak lawan. Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, BN memilih untuk mendekati rakyat dengan menerangkan rekod pencapaian, dasar serta perancangan yang akan […]

» Read more

Tekad Pertahankan DUN Serom, Iqa Rahim Sedia Galas Tanggungjawab

SEROM, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom Nadhirah Afiqah Abdull Rahim menyifatkan pencalonan beliau sebagai satu penghormatan besar yang hadir bersama tanggungjawab yang amat berat demi memikul amanah parti dan rakyat. Sebagai satu-satunya calon tunggal daripada Pergerakan Puteri UMNO di negeri Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, yang memilih nama Iqa Rahim […]

» Read more

Puteri UMNO Negeri Sembilan Perhebat Gerak Kerja Santuni Anak Muda Menjelang PRN

JEMPOL, 1 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan akan terus memperhebat gerak kerja menyantuni golongan muda, khususnya wanita muda, bagi memastikan mesej dan aspirasi Barisan Nasional (BN) dapat disampaikan secara lebih berkesan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketuanya, Hazratul Ilani Misdar berkata, amanat yang disampaikan Presiden UMNO kepada jentera parti pada perjumpaan Ahad lalu menjadi pembakar semangat untuk terus […]

» Read more

Rengit perlukan mandat BN untuk terus berkhidmat – Mohd Zaidi

BATU PAHAT, 1 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohd Zaidi Japar mengakui terharu dengan semangat luar biasa yang dipamerkan oleh seluruh jentera parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut beliau, komitmen serta kerjasama berpasukan yang ditunjukkan menjadi pembakar semangat untuk terus mendekati rakyat dan menyampaikan aspirasi BN di setiap pelosok kawasan. […]

» Read more

Pengurusan Pekerja Asing Diperkemas Demi Kepentingan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kerajaan terus komited memperkukuh sistem pengurusan pekerja asing negara menerusi pendekatan yang lebih terselaras, cekap dan berintegriti bagi memastikan keperluan industri dapat diseimbangkan dengan kepentingan negara serta kebajikan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikannya semalam telah mencapai beberapa persetujuan utama, termasuk […]

» Read more

Realisasikan Janji Nga Kor Ming – Dr Akmal

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyeru rakyat Johor supaya memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi merealisasikan hasrat yang pernah dinyatakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Menurut beliau, kemenangan besar BN bukan sahaja penting untuk memastikan kesinambungan pentadbiran yang stabil, malah akan […]

» Read more
1 … 180 181 182 183 184 … 2,517