Betulkan Persepsi … UMNO Adalah Parti Yang Dahulukan Rakyat – Shahril

KUALA SELANGOR, 10 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa mendahulukan rakyat kerana agenda yang lebih besar parti adalah berkaitan keutamaan rakyat. Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian kerana menolak andaian, persepsi dan spekulasi yang mengatakan bahawa UMNO rakus, ego dan pentingkan kuasa apabila meminta Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Ahmad Jazlan Umum Penarikan Sokongan Kerajaan PN

KOTA BHARU,10 Dis – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media semalam. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti […]

» Read more

MKT Terima Usul Bahagian, Keabsahannya Di Perhimpunan Agung UMNO – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 9 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Rabu lalu menerima usul-usul dari bahagian termasuk usul menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Usul itu dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada 6 haribulan lalu dan kita telah memutuskan untuk menerima usul-usul itu dan kita […]

» Read more

Tidak Perlu Panik, Kerajaan Beri Masa Rakyat Bersedia – Ismail Sabri

BERA, 9 Jan – Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Katanya, rakyat […]

» Read more

Fasiliti KKM Masih Mampu Tampung Pesakit COVID-19 – Dr Adham

JOHOR BAHRU, 9 Jan – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fasiliti kementerian itu masih mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 di sebalik peningkatan mendadak kes semasa. Bagaimanapun katanya kementerian akan mengaktifkan semula lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagi menempatkan pesakit berisiko rendah. “Setakat ini, fasiliti KKM (Kementerian Kesihatan) masih mampu menampung […]

» Read more

TNB Buat Penilaian Kerugian Menyeluruh Selepas Banjir Pulih

KUALA NERANG, 9 Jan – Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membuat penilaian menyeluruh berkenaan kerugian yang dialaminya berikutan banjir yang melanda di empat negeri ketika ini. Pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penilaian itu dijangka dilakukan sebaik bencana yang melanda Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya. “Kami pernah ada pengalaman pada tahun 2014 apabila banyak aset TNB seperti pencawang […]

» Read more

Kerajaan Perlu Bantu Tangani Banjir … Selesaikan Isu Ini Segera – Ahmad Maslan

SLIM, 9 Jan – Kerajaan perlu bertindak bagi menangani masalah banjir yang seringkali melanda negara dan perlu diselesaikan dengan kadar segera, itu luahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata, kerajaan perlu aplikasi cadangan pakar dalam bidang alam sekitar yang memberikan kaedah-kaedah tertentu untuk menggelakkan bencana banjir ini terjadi secara berterusan. “Cuma saya melihat isu banjir ini isu […]

» Read more

Banjir: Kepimpinan UMNO Prihatin, Fokus Pastikan Rakyat Sentiasa Terbela

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Banjir yang melanda beberapa negeri sejak beberapa minggu lalu menjadi fokus utama daripada para pemimpin tempatan yang turun padang dan bersama-sama rakyat dalam berdepan musibah tersebut. Dalam hal ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa peka dan berusaha bagi memastikan mangsa banjir di negeri tersebut mendapat keutamaan setiap masa. Pada sesi […]

» Read more

Hakikat Pendirian UMNO Tegas, Jelas, Konsisten… Fokus Situasi Banjir, Pandemik – Shahril

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa UMNO sentiasa konsisten mahu memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan mengukuhkan pertalian bersama PAS, tanpa menjadi ahli komponen Perikatan Nasional malah pendirian ini tegas, jelas dan konsisten sepanjang masa. Jelas beliau, hakikatnya, walaupun UMNO sedang dan mahu terus lebih fokus kepada situasi banjir dan pandemik melanda negara, dan walaupun […]

» Read more

Kerajaan Sabah Tingkatkan Usaha Tarik Pelabur Luar – Bung

KOTA KINABALU, 8 Jan – Sabah perlu terus meningkatkan usaha menarik pelaburan dari luar untuk membantu membangunkan negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau berkata, dengan kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan. “Memang sudah ada pelabur termasuk dari China dan Hong Kong yang menunjuk minat untuk membuat pelaburan ke negeri ini,” […]

» Read more
1 1,800 1,801 1,802 1,803 1,804 2,421