Pemuda UMNO Damansara Sasar 15 ‘Foodbank Rakyat’ Secara Statik Menjelang Penghujung 2021

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pemuda UMNO Damansara menjangkakan menjelang penghujung tahun 2021, sasaran 15 lokasi Foodbank Rakyat secara statik akan dapat direalisasikan dalam usaha membantu mereka-mereka yang memerlukan.

Ketua Pemudanya, Amin Mohd Shukor berkata langkah berkenaan adalah antara salah satu langkah inisiatif untuk memastikan Foodbank berkenaan terus kekal di kawasan berkenaan.

“Antara kriteria Lokasi yang telah dikenalpasti untuk Foodbank Rakyat Statik ini adalah berdasarkan segmen keperluan setempat seperti tumpuan lokaliti B40 serta lokasi yang menjadi tumpuan khusus masyarakat setempat melakukan aktiviti.

“Foodbank Rakyat Statik ini bukan sahaja membuka platform sebagai pemberi bantuan kepada orang ramai, malahan sebagai platform untuk mereka yang mungkin memiliki rezeki yang lebih untuk turut sama-sama bersedekah dan berkongsi kesusahan mereka yg memerlukan.

“Kami amat alu-alukan jika ada individu-individu serta pihak-pihak yang bermurah hati untuk turut menyumbang keperluan-keperluan asas ini, kerana mungkin ianya jangka masa panjang untuk Foodbank Rakyat ini dilaksanakan,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, jangkaan menjelang hujung tahun 2021 ini sasaran 15 lokasi Foodbank Rakyat secara statik ini akan diwujudkan sebagai inisiatif secara terus membantu mereka yang betul-betul terkesan.

Tambahnya Foodbank Rakyat statik segera dilaksanakan kerana melihat konsep membantu ini perlu diselaraskan hingga ke sasarannya tanpa pilih kasih.

“Foodbank Rakyat ini menyasarkan masyarakat keseluruhannya di Parlimen Damansara tanpa mengira perbezaan latar belakang agama, bangsa mahupun perbezaan ideologi politik,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut menekankan kepada seluruh anggota jawatankuasa untuk memastikan kerjasama erat bersama pimpinan masyarakat setempat.

Langkah itu katanya untuk memastikan ianya dapat diakwalselia secara tersusun dan sistematik selain sentiasa bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan sewajarnya.

“Saya tekankan kepada seluruh jawatankuasa kolaborasi perlaksanaan Foodbank Rakyat statik ini harus melalui ‘enggagement’ bersama kepimpinan setempat yang telah dijadikan sasaran dan perlu diselia dengan tersusun dan sentiasa kelihatan bersedia memberi bantuan.

Ambillah sekadar keperluan….berkongsilah jika ada kemampuan, kami sentiasa alu-alukan,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.