Fasa Pandemik Bakal Berakhir, Jangan Dilupakan Ada Yang Terus Berduka

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan penghargaan beliau kepada anggota masyarakat yang prihatin dengan pihak yang tidak bernasib baik.

Menurutnya, meskipun saban hari rakyat dihidangkan dengan berita yang menyenangkan hati namun bukan semua pihak yang merasakan sebegitu.

“Terima kasih kepada yang terus peka menyediakan bantuan buat golongan memerlukan.

“Realitinya masih ada dalam kalangan kita sedang berjuang untuk kelangsungan hidup.

“Dalam kegembiraan fasa pandemik bakal berakhir, fahami ada yang terus berduka,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga berharap perbuatan yang murni tersebut tidak terhenti begitu sahaja.

“Maka jangan berhenti daripada terus mengambil berat, prihatin dan peduli.

“Andai masyarakat mula teralpa, pasti keadaan lebih sukar bagi yang masih ditimpa ujian hidup.

“Jangan sesekali terlupa kita masih ada tanggungjawab untuk saling membantu,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.