PH Malapetaka Politik Negara Ini, Taawun UMNO-PAS Diperkukuh – Annuar

KOTA RAJA , 21 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Pakatan Harapan (PH) adalah malapetaka politik bagi rakyat di negara ini. Katanya, biarpun PH menggambarkan pentadbiran mereka ini adalah Malaysia Baharu tetapi tidak ada yang baharu. “Semenjak UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, masyarakat Melayu dan Islam telah diperkotak-katikkan oleh pimpinan PH,” katanya. Maklum […]

» Read more

Elok PPBM Berpisah Dari Dap Daripada Terus Dipergunakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Elok sekiranya berpisah kongsi dengan Dap kerana parti itu menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai boneka mereka. Demikian reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang […]

» Read more

PH… Tak Mampu Tunai Janji, Hormatilah ‘Rule Of Law’ – Dr Baharom

SEGAMAT, 21 Julai – Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Datuk Dr Baharom Mohamed membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bukan sahaja gagal menunaikan janji-janji manifesto malah tidak mahu menghormati kedaulatan undang-undang. Walhal tegasnya, dalam manifesto ketika pilihan raya umum (PRU) lalu mereka sering mendabik dada kononnya akan tetap mendukung ‘Rule of Law’ sekiraya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan negara. “’Rule of […]

» Read more

Pelihara ‘Pokok’ Ta’awun Dengan Sebaik-baiknya

GURUN 21 Julai – UMNO dan Pas akan bersama membina kekuatan bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan agar ‘pokok’ ta’awun yang disemai antara kedua-dua parti itu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Katanya, kerjasama UMNO dan Pas telah merunsingkan PH yang dijangka melakukan […]

» Read more

Jangan Terperangkap Mainan Pihak Luar Cuba Lemahkan Parti – Ahmad Jazlan

MACHANG, 21 JAN – Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengingatkan ahli parti agar tidak mendengar dan terperangkap dengan suara-suara sumbang daripada luar mengenai parti berkenaan. Ini kerana katanya selepas tewasnya UMNO pada pilihan raya umum yang lalu pihak luar ingin melihat parti berkenaan terus ‘mati’ namun hari ini sebaliknya dapat dilihat menerusi kebangkitan yang cukup terserlah. “Alhamdulillah […]

» Read more

Guan Eng, Menteri Suka Menipu Dalam Dewan Rakyat… Tapi Speaker Gagal Bertindak – Dr Shamsul

  SEGAMAT, 21 Julai – Bukan sahaja isu wang tuntutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sahaja Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berbohong dalam Dewan Rakyat, bidas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Tegasnya, banyak lagi perkara yang dibohongi oleh Guan Eng ketika sidang Parlimen antaranya mengenai dongengan hutang negara. “Sebenarnya dalam Dewan Rakyat, bukan pasal GST sahaja […]

» Read more

Pelik Sungguh, Video Disahkan Tulen Tapi Pelaku Tak Dapat Dikenali

Kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mengesahkan video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali adalah tulen, tetapi pelakunya tidak dapat dikenali, hanya menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kepala rakyat jelata. Dalam kenyataannya, Abdul Hamid berkata, ketulenan video itu adalah hasil analisis CyberSecurity. “Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi. “Hasil proses pengecaman wajah […]

» Read more

UMNO Mesti Bangkit, Tekad Kukuhkan Kekuatan – Dr Shamsul

  SEGAMAT, 20 Julai – Sesiapa sahaja tidak boleh menafikan hakikat bahawa UMNO lahir kerana agama, bangsa dan negara, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Begitu juga katanya, sesuai dengan perubahan landskap politik serta kesan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, UMNO sedang dan akan lakukan perubahan termasuk melalui pindaan perlembagaan UMNO yang akan dilakukan tidak […]

» Read more

Piagam Kerjasama UMNO Dan PAS Akan Ditandatangani Dalam Masa Terdekat – Zahid

MACHANG, 20 JULAI – Piagam Kerjasama UMNO dan PAS akan ditandatangani dalam masa terdekat dan bakal memahat sejarah yang tersendiri antara kedua-dua parti dalam arena politik tanah air untuk kepentingan rakyat dan negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata insya-Allah presiden kedua-dua parti akan menandatangani piagam kerjasama berkenaan yang telah dimuktamadkan. “17 Julai lalu kita telah memuktamadkan […]

» Read more

UMNO Tolak Sebarang Perundingan, Kerjasama Parti Ada Hubungan Dengan Dap -Zahid

MACHANG, 20 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti atau pemimpin yang bersekongkol dengan Dap dan menolak sebarang bentuk perundingan dengan pihak berkenaan. Pada masa yang sama beliau turut menekankan parti itu tidak akan menggadaikan kerjasama dengan PAS malah akan terus diperkukuhkan serta diterjemahkankan sekaligus merealiasasikan hasrat rakyat […]

» Read more
1 1,772 1,773 1,774 1,775 1,776 2,043