PH Malapetaka Politik Negara Ini, Taawun UMNO-PAS Diperkukuh – Annuar

KOTA RAJA , 21 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Pakatan Harapan (PH) adalah malapetaka politik bagi rakyat di negara ini.

Katanya, biarpun PH menggambarkan pentadbiran mereka ini adalah Malaysia Baharu tetapi tidak ada yang baharu.

“Semenjak UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, masyarakat Melayu dan Islam telah diperkotak-katikkan oleh pimpinan PH,” katanya.

Maklum beliau, pemimpin PH gagal membela bangsa Melayu dalam pelbagai isu yang sangat mengguris hati orang-orang Melayu sendiri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa kerjasama ummah UMNO-PAS telah mencapai muafakat bersama.

“Buat pertama kalinya kita ‘buka mulut’ pemimpin UMNO dan PAS hanya bermuafakat dengan langkah pertama iaitu kalau UMNO bertanding, PAS tidak bertanding malah sebaliknya.

“Ta’wun ini akan menjadi ta’wun akhbar kerana prinsip kita bekerjasama dengan PAS ingin menyuruh orang Melayu bersatu.”

Katanya, orang UMNO dan PAS haruslah menanamkan hasrat ta’wun akhbar ini iaitu muafakat besar dalam satu politik malah umat Melayu dan Islam.

“Syukur kepada Allah SWT, perkara yang payah, sukar dan sulit kita dapat menghadapinya tapi dengan pertolongan Allah tidak sampai tiga kali pertemuan kita sudah ada kertas hitam putih dan satu piagam.

“PAS ada kekuatan, bukan kecil kekuatannya. Sekuat-kuat UMNO tiada pengalaman bekerjasama dengan Dap, tapi PAS ada kelebihan bekerjasama dengannya.”

Sehubungan itu katanya, pengalaman PAS membawa banyak erti buat pembangkang malah boleh melangkar bagi menyelamatkan negara ini daripada terus diporak-perandakan oleh kebejatan, kerosakan politik PH.

“Kita akan melancarkan besar-besaran ta’wun akhbar ini sehingga Putrajaya dapat dibersihkan daripada yang tidak benar. Ini adalah misi kita dan seluruh rakyat Malaysia,” tegasnya lagi. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.