Elok PPBM Berpisah Dari Dap Daripada Terus Dipergunakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Elok sekiranya berpisah kongsi dengan Dap kerana parti itu menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai boneka mereka.

Demikian reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih cekap daripada dirinya sebagaimana UMNO.

“Saya kira eloklah beliau bermuhasabah dan berusaha berhenti daripada diperbodohkan oleh Dap dalam Pakatannya sendiri,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Tegasnya, harap Tun tak lupa program di MAEPS itu adalah AGM PPBM bukan AGM UMNO.

“Sesungguhnya, Ingin saya tegaskan bahawa Ketua-ketua UMNO cawangan tidak bodoh, malahan bijak menilai, sabar dan setia dalam perjuangan,” katanya.

Jelas beliau lagi, Mesyuarat Perwakilan 191 UMNO Bahagian, sedang berlangsung dengan penuh bersemangat dan harmoni. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.