Saya Pilih BN… Yang Dahulu Lebih Bagus Dari Kerajaan Sekarang – Alex Raja Lawak

KIMANIS, 9 Jan – Di celah-celah kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Alex Raja Lawak tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pengundi kawasan berkenaan untuk memilih Ahli Parlimen Kimanis pada 18 Januari depan. Ditemui UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kabang, beliau yang akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kayau, menyatakan tanpa segan silu bahawa dirinya sudah ada […]

» Read more

Pengundi Kimanis Bakal Tolak PH, Tunjuk Keberanian Undi BN 18 Jan – Khaled

KIMANIS, 9 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin pengundi di Parlimen Kimanis berani untuk menunjukkan keberanian dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan 18 Januari depan. Menurut beliau semua pihak meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada mereka untuk menunjukkan isyarat dan satu signal buat kerajaan sedia […]

» Read more

SPRM ‘Unprecedented’, Tidak Menepati Standard Profesionalisme – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan profesionalisme, wibawa dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengadakan sidang media mendedahkan rakaman audio mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam. Katanya, SPRM sewajarnya bertindak dengan menyerahkan segala bukti baru berkaitan 1MDB kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. “Pendedahan […]

» Read more

Wee Jeck Seng Bantu Kempen Datuk Moh, Semangat Tg Piai Hangatkan Kimanis

KIMANIS, 9 Jan – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jack Seng yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan November tahun lalu turut tidak ketinggalan menghangatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang akan diadakan pada 18 Januari depan. Kedatangannya ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Membakut ternyata membangkitkan semangat jentera parti dan penduduk setempat […]

» Read more

BN Akan Laksana MA63 Sepenuhnya Sekiranya Kembali Memerintah – Ahmad Zahid

KIMANIS, 9 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan melaksanakan seratus peratus Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya BN kembali berkuasa. Jelas beliau, walaupun bakal ada kekangan untuk melaksanakan MA63 namun ia bukan bermakna perkara ini tidak boleh dilaksanakan. “Ini bukan janji sebarang janji, ia harus dilaksanakan. Saya tahu ada kekangan tapi ia tidak […]

» Read more

SPRM Hina Mahkamah, Jadi Alat Politik PH – Armand

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak menghina mahkamah. Tempelaknya juga, jelas kelihatan suatu permainan politik yang amat merosakkan sebuah badan bebas negara itu yang dijadikan alat politik kerajaan Pakatan Harapan (PH). Armand berpandangan demikian mengulas mengenai tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya yang […]

» Read more

Anifah Sokong Calon BN, Kecewa SPR Tidak Telus

KIMANIS, 8 Jan – Bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa kesal kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menjalankan tugas dengan telus. Jelasnya, diri beliau sendiri adalah bukti yang menjadi mangsa kecuaian SPR. “SPR yang buat kecuaian itu mengapa saya menjadi mangsa? Saya berterima kasih kepada rakyat Kimanis yang mengundi saya tapi saya tertanya-tanya kenapa SPR tidak […]

» Read more

Isu PSS: Semenanjung Dapat 3 Bulan Masuk Sabah, Apa Istimewanya PTI 3 Tahun?

KIMANIS: 7 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Yaakub Khan berkata, semua pihak terutama jentera BN jangan sesekali takut pada sebarang ugutan terutama apabila berbicara mengenai Pas Sementara Sabah (PSS). Ujar beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini harus dijadikan medan permulaan untuk menentang pelaksanaan PSS. “Kita tidak harus takut pada sebarang ugutan dalam pilihan raya ini […]

» Read more

PRK Kimanis: Rakyat Hilang Keyakinan, PH-Warisan Lakukan Kerosakan – Tajuddin

KIMANIS, 8 Jan – Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) P176 Kimanis, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) kini berdepan dengan sokongan difisit dan kepercayaan rakyat kerana terlalu banyak kerosakan dan kelemahan semenjak mentadbir negara. Jelas beliau, rakyat Sabah merasakan tidak yakin dengan pentadbiran Warisan yang tiada hala tuju dan bukannya membela nasib […]

» Read more

SPR Perlu Buktikan Mereka Benar-Benar Bebas Laksana Undang-Undang – Ismail Sabri

KIMANIS 8 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuktikan mereka sebenarnya adalah sebuah agensi yang benar-benar bebas dalam mengendalikan proses pilihan raya khususnya dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata apa yang berlaku bukan sahaja di Kimanis malah sejak bermulanya PRK-PRK sama ada di Selangor telah pun berlaku penyalahgunaan […]

» Read more
1 1,663 1,664 1,665 1,666 1,667 2,077