BN Akan Laksana MA63 Sepenuhnya Sekiranya Kembali Memerintah – Ahmad Zahid

KIMANIS, 9 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan melaksanakan seratus peratus Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya BN kembali berkuasa.

Jelas beliau, walaupun bakal ada kekangan untuk melaksanakan MA63 namun ia bukan bermakna perkara ini tidak boleh dilaksanakan.

“Ini bukan janji sebarang janji, ia harus dilaksanakan. Saya tahu ada kekangan tapi ia tidak mustahil untuk kita buat.

“Selain itu, akujanji dalam bajet setiap tahun, sekian bilion akan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak dan mereka akan tentukan sendiri untuk membuat pembangunan dan sebagainya.

“Hak negeri Sabah harus dikembalikan 100 peratus kepada kerajaan Sabah,” ujar beliau ketika berucap dalam program ceramah sempena PRK Kimanis di PDM Bongawan malam tadi.

Tambah Zahid, BN tidak akan berjanji sebarangan dan sekiranya berjanji ia akan dilaksanakan dan kerana itu jugalah autunomi Sabah dilaksanakan bermula di PRK Kimanis ini.

Ketika bercakap kepada media pula Zahid berkata BN adalah parti ‘under dog’ namun rata-rata pengundi yang ditemui berpandangan bahawa BN harus kembali memenangi kerusi Parlimen Kimanis ini.

“UMNO dan BN bersama-sama barisan pembangkang mahu BN memenangi kerusi ini sebagai satu signal bahawa tidak ada rasa takut walaupun kini kita adalah pembangkang.

“Pengundi juga mahu begitu atas faktor janji-janji yang tidak ditunaikan,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.