Isu TH: Pemimpin PH Cuba Jadi Hero, Tetapi Kecundang Faktanya

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan YB Faiz Fadzil, ADUN Permatang Pasir yang berpendapat ianya adalah satu cubaan lemah untuk menyelar dan merendahkan hujahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengenai pendedahan skandal penjualan tanah TH Plantation Berhad (THP). Jelasnya, persoalan-persoalan pokok yang dibangkitkan […]

» Read more

Elak Koronavirus… Utamakan Rakyat Malaysia, PH Perlu Sekat Semua Warga China

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa UMNO konsisten mahu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggantungkan pengecualian visa dan ‘Visa on Arrival’ untuk semua warga China buat sementara waktu. Katanya, bukan hanya untuk penduduk Wuhan dan Hubei sahaja sebagaimana Kerajaan PH umumkan kerana kebarangkalian wabak koronavirus sudah tersebar ke luar dari Wuhan […]

» Read more

Koronavirus: PH Perlu Luaskan Sekatan Kepada Semua Warga China – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, atas desakan rakyat akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) umumkan penggantungan pengecualian visa dan ‘Visa on Arrival’ untuk warga China dari Wuhan dan wilayah Hubei sahaja. Namun demikian beliau mempersoalkan kenapa tidak kepada seluruh warga China? “Mohon Kerajaan dapat pertimbangkan untuk memperluaskan penggantungan visa dan ‘Visa […]

» Read more

Jangan Cagarkan Kesihatan Dan Nyawa Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan agar kerajaan jangan cagarkan kesihatan dan nyawa rakyat semata kerana diplomatik dan pelancongan. Katanya, pelbagai negara lain telah menghentikan sementara kemasukan pelancong dari China walaupun hasil pelancongan mereka lebih besar daripada Malaysia. “Apakah kerajaan menunggu sehingga ada rakyat yang mati dan keadaan tidak terkawal baru bertindak […]

» Read more

Koronavirus: PH Perlu Hentikan Kemasukan Warga China, Jangan Tunggu Kritikal

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghentikan terlebih dahulu kemasukan pelancong dari China memandangkan kebimbangan terhadap penularan koronavirus. Katanya, janganlah tunggu kritikal baru nak ambil tindakan sedemikian. “Janganlah tunggu kritikal baru nak ‘stop’, kalau dah kritikal buat apa pun tak guna dah. Oleh kerana punca sudah dikenalpasti, ‘stop’ […]

» Read more

PH Wajar Ambil Langkah Keselamatan, Utamakan Rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata kerajaan wajar utamakan keselamatan rakyat dengan mengambil langkah utama pencegahan yang paling wajar berkaitan langkah dalam menangani koronavirus di negara ini. Dilaporkan buat masa ini, koronavirus dikategorikan sebagai jangkitan kluster di Malaysia kerana hanya membabitkan sekelompok kecil pelancong dari China dan tiada sebarang sekatan terhadap warga China […]

» Read more

Koronavirus: Kerajaan Perlu Batalkan Kemasukan Pelancong China

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan harus membatalkan kemasukan pelancongan dari China buat sementara waktu bagi mengekang penyebaran wabak coronavirus. Jelas beliau, walaupun sektor pelancongan negara akan terjejas namun ia boleh dipulihkan kemudian kerana apa yang penting kini adalah nyawa rakyat Malaysia. “Saya bersetuju dengan pendapat semua pihak yang menggesa Kerajaan Malaysia […]

» Read more

PH Dengarlah Kata Rakyat: Kami Berhak Rasa Bimbang

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa hairan dengan sikap menteri Pakatan Harapan (PH), Khalid Samad ini yang komennya seringkali tidak memperlihatkan kematangannya sebagai seorang menteri , ketika di dalam sidang dewan rakyat pun begitu juga sikapnya. Maka katanya, kesimpulan yang boleh dibuat, inilah tahap sebenar menteliti dan standard menteri PH. […]

» Read more

Koronavirus: Teguran Pemangku Raja Johor Adalah Tepat

Dengar suara rakyat. Itu adalah teguran Pemangku Raja Johor paling tepat terhadap Kerajaan PH dalam krisis coronavirus. Hujah Tunku Ismail Ibrahim itulah punca negara kini ditadbir ke arah “unmitigated disaster” (mala petaka yang tidak terkawal). Ego Kerajaan PH tidak berubah. Rakyat Sabah menolak PSS. Ia dianggap mala petaka. Tetapi kerajaan tetap berdegil. Akhirnya rakyat Kimanis menghukumnya melalui PRK. Baru mahu […]

» Read more

Koronavirus Bahaya: UMNO Gesa Kerajaan PH Utamakan Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Jan – UMNO minta Kerajaan Pakatan Harapan ‘PH’ segera mengambil langkah tegas berkaitan wabak koronavirus kerana kelewatan Kerajaan PH melakukan sesuatu maka rakyat yang akan menanggung masalah. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Kerajaan PH mesti meletakkan keutamaan apabila berhadapan dengan krisis seumpama ini, apatah lagi hampir kebanyakan pintu masuk utama ke Malaysia […]

» Read more
1 1,648 1,649 1,650 1,651 1,652 2,078