PH Wajar Ambil Langkah Keselamatan, Utamakan Rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata kerajaan wajar utamakan keselamatan rakyat dengan mengambil langkah utama pencegahan yang paling wajar berkaitan langkah dalam menangani koronavirus di negara ini.

Dilaporkan buat masa ini, koronavirus dikategorikan sebagai jangkitan kluster di Malaysia kerana hanya membabitkan sekelompok kecil pelancong dari China dan tiada sebarang sekatan terhadap warga China untuk masuk ke negara ini.

“Kerajaan wajar utamakan keselamatan rakyat dengan mengambil langkah utama pencegahan yang paling wajar, tidak galakkan rakyat dari China masuk Malaysia, sehingga keadaan di sana pulih,” katanya.

Setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.