Koronavirus: PH Perlu Hentikan Kemasukan Warga China, Jangan Tunggu Kritikal

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghentikan terlebih dahulu kemasukan pelancong dari China memandangkan kebimbangan terhadap penularan koronavirus.

Katanya, janganlah tunggu kritikal baru nak ambil tindakan sedemikian.

“Janganlah tunggu kritikal baru nak ‘stop’, kalau dah kritikal buat apa pun tak guna dah. Oleh kerana punca sudah dikenalpasti, ‘stop’ dululah kemasukan mereka,” katanya berkaitan isu tersebut menerusi laman Twitternya.

Dalam hal tersebut, beliau turut meminta untuk melakukan sidang media setiap hari bagi memaklumkan berkaitan kes tersebut.

“Menteri Kesihatan perlu buat kenyataan akhbar tiap hari dengan memberikan ‘update’ terkini penularan koronavirus di Malaysia. Rakyat dalam kebimbangan apa lagi kedatangan warga China yang ramai ke negara ini sekarang,” katanya lagi.

Dilaporkan setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.