Koronavirus: Teguran Pemangku Raja Johor Adalah Tepat

Dengar suara rakyat. Itu adalah teguran Pemangku Raja Johor paling tepat terhadap Kerajaan PH dalam krisis coronavirus.

Hujah Tunku Ismail Ibrahim itulah punca negara kini ditadbir ke arah “unmitigated disaster” (mala petaka yang tidak terkawal).

Ego Kerajaan PH tidak berubah. Rakyat Sabah menolak PSS. Ia dianggap mala petaka. Tetapi kerajaan tetap berdegil.

Akhirnya rakyat Kimanis menghukumnya melalui PRK. Baru mahu dibatalkan.

Itulah yang terjadi kepada Statut Rome dan ICERD.

Kerajaan PH kekal tidak berubah. Kekal dengan denial syndrome. Masih yakin bahawa dengan menyalahkan Kerajaan yang lalu, rakyat masih boleh dibohongi.

Dalam kes coronavirus, mereka mengaitkan dengan virus zika yang melanda Rio Brazil semasa sukan Olimpik 2016.

Kenapa Malaysia tetap menghantar kontijennya ke Rio Brazil.

Virus Zika sudah ada perubatannya kerana ia berpunca dari gigitan nyamuk. Tetapi coronavirus dijangkiti melalui udara dan sentuhan.

Sebab itu menghalang sementara kemasukan pelancong dari China adalah wajar. Taiwan negara terdekat sudah melaksanakannya.

Betullah, Mahavirus (tidak mahu mendengar suara rakyat) menjadi lebih bahaya daripda coronavirus.

Justeru, gabungan suara Raja dan Rakyat diperlukan untuk membunuh “mahavirus”. Cegah segera “mala petaka tidak terkawal ini”.

Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.