Jangan Cagarkan Kesihatan Dan Nyawa Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan agar kerajaan jangan cagarkan kesihatan dan nyawa rakyat semata kerana diplomatik dan pelancongan.

Katanya, pelbagai negara lain telah menghentikan sementara kemasukan pelancong dari China walaupun hasil pelancongan mereka lebih besar daripada Malaysia.

“Apakah kerajaan menunggu sehingga ada rakyat yang mati dan keadaan tidak terkawal baru bertindak tegas?

“Ambillah tindakan segera dan tegas bagi melindungi kepentingan rakyat sendiri. Jadilah pelindung dan bukan menyusahkan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, ada yang kata kerajaan dahulu tidak pun menyekat pelancong semasa wabak SARS namun katanya semua ini alasan politik sedangkan keadaannya berbeza.

“Jangan jadi kerajaan yang hanya sentiasa mencipta alasan demi alasan demi menutup kelemahan….” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.