PH Dengarlah Kata Rakyat: Kami Berhak Rasa Bimbang

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa hairan dengan sikap menteri Pakatan Harapan (PH), Khalid Samad ini yang komennya seringkali tidak memperlihatkan kematangannya sebagai seorang menteri , ketika di dalam sidang dewan rakyat pun begitu juga sikapnya.

Maka katanya, kesimpulan yang boleh dibuat, inilah tahap sebenar menteliti dan standard menteri PH.

“Sebagai makluman, apapun tahap kecekapan dan kewibawaan bidang perubatan Malaysia, ia dihasilkan sejak dulu oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Janganlah menafikan semua ini. Bidang perubatan Malaysia dibangunkan sejak berpuluh tahun lalu bukan setahun dua sejak Kerajaan PH memerintah,” katanya sebagai membidas kenyataan Khalid di laman sosialnya, hari ini.

Tegas Dr Shamsul Anuar, berkaitan isu wabak koronavirus, apa yang dipersoalkan rakyat melalui komen di sosial media kebanyakannya berkaitan cara Kerajaan PH mengendalikan isu ini.

“Rakyat bimbang kerana PH lambat bertindak dan pelbagai kenyataan oleh PM, TPM dan menteri PH tidak meyakinkan rakyat.

“Sebab itu, jangan sesekali berbohong dengan rakyat. Umpamnya kes kematian Adib. Fakta menunjukkan Pegawai Perubatan kerajaan memutar belit fakta. Bila ada rekod begini, pastinya rakyat khuatir. Apalagi ini soal nyawa manusia.

“Khalid Samad, bagi taulah PM atau TPM, dengar apa kehendak dan rakyat kata. Zaman semua tindakan kerajaan adalah betul sudah berlalu. Adakalanya rakyat lebih bijak dari Menteri dan juga kerajaan. Apa salahnya dengar apa yang rakyat kata.”

Jelas beliau lagi, apabila TPM kata kerajaan ada pengalaman kendalikan kes sebegini dengan baik maka itu di zaman Kerajaan BN.

“Kalau melihat rekod Kerajaan PH kendalikan kes memang tidak meyakinkan. Buktinya kes kebocoran gas di Pasir Gudang Johor,” bidas beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE