Khaled Bidas PH, Suara Keadilan Bertindak Anti-Akal

KUALA LUMPUR, 11 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tiada siapa boleh sangkal usaha kerajaan sekarang berada di tahap terbaik bagi menangani virus COVID-19. Katanya, jika hendak dibandingkan dengan negara lain, nampak ada keberkesanan usaha Malaysia, malah mungkin lebih baik. “Oleh itu, usaha Pakatan Harapan (PH) dan Suara Keadilan adalah satu tindakan yang anti-akal dan […]

» Read more

PH Pembohong Besar, Jelaslah Malaysia Tidak Muflis

HARI ini telah memasuki hari ke-24 rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Kerajaan bagi menghadapi wabak Covid-19. Sudah pastinya, perintah ini membuatkan ramai yang terjejas dari segi pendapatan bulanan, operasi perniagaan dan sebagainya. Hari ini juga baru sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi iaitu sehingga pada 28 […]

» Read more

Wujud Ruang Penambahbaikan Pakej PRIHATIN PKS, Terutama Usahawan Kecil – Norliza

PULAU PINANG, 10 April – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Rahim berpandangan ada ruang penambahbaikan dalam inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan yang wajar diberi perhatian oleh kerajaan. “Rata-rata usahawan terutamanya para penjaja kecil yang saya jumpa mengeluh sebab bantuan ‘one off’ Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya disalur kepada penjaja yang mempunyai permit […]

» Read more

Warga Gelandangan Akan Diberi Peluang Pekerjaan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 10 April – Kira-kira 800 warga gelandangan yang berada di pusat penempatan sementara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditawarkan peluang pekerjaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pihaknya akan menjalankan proses saringan sepanjang tempoh PKP ini ke atas warga gelandangan yang sihat tubuh badan dan berkeupayaan untuk bekerja sebelum diberi latihan dan peluang […]

» Read more

Kerajaan Setuju Beberapa Sektor Ekonomi Terpilih Dibuka Secara Berperingkat – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 10 April – Kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan bersama menteri kanan merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri serta menteri kanan […]

» Read more

Tempoh PKP Dilanjut Dua Minggu Lagi Sehingga 28 April 2020 – PM

KUALA LUMPUR, 10 April – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020, ujar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelas beliau keputusan ini dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan. “Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% […]

» Read more

COVID-19 Tidak Kenal Asal Dari Kayangan Atau Bumi – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 10 April – Wabak COVID-19 tidak mengenal sama ada seseorang itu berasal dari ‘kayangan’ ataupun bumi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada mereka yang bersikap biadab dan enggan memberi kerjasama kepada petugas kesihatan yang terlibat dalam pengurusan wabak itu. Beliau menegaskan bahawa kedudukan dan darjat seseorang itu tidak sama sekali boleh menjamin mereka terselamat […]

» Read more

COVID-19: Pemimpin Politik Perlu Berganding Bahu, Jangan Ulang Sebar Fitnah

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar para pemimpin politik tanpa mengira parti akan bersama-sama berganding bahu dalam menghadapi wabak COVID-19 sekarang ini. “Sejujurnya saya amat berharap pemimpin-pemimpin parti politik tanpa mengira parti dapat melakukan ‘gencatan politik’ dan berganding bahu menghadapi COVID-19 demi rakyat,” katanya melalui kenyataan dalam laman Facebooknya. Tegas […]

» Read more

Wartawan Channel News Asia Dituntut Mohon Maaf Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 April – Dikala negara sedang berperang menangani COVID-19, masih ada segelintir pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyebar berita palsu. Apatahlagi sekiranya penyebar itu adalah seorang wartawan yang sepatutnya melaporkan berita berdasarkan fakta. Justeru, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mendesak wartawan Channel News Asia Melissa Goh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada […]

» Read more

KeTSA Bangunkan Aplikasi WebGIS Bantu Pemantauan Penularan COVID-19 – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 10 April – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah membangunkan aplikasi Dashboard (WebGIS) bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, aplikasi ini menyediakan ‘Common Operating Picture’ kepada ATM dan MKN secara on-line melalui laman […]

» Read more
1 1,609 1,610 1,611 1,612 1,613 2,094