Khaled Bidas PH, Suara Keadilan Bertindak Anti-Akal

KUALA LUMPUR, 11 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya tiada siapa boleh sangkal usaha kerajaan sekarang berada di tahap terbaik bagi menangani virus COVID-19.

Katanya, jika hendak dibandingkan dengan negara lain, nampak ada keberkesanan usaha Malaysia, malah mungkin lebih baik.

“Oleh itu, usaha Pakatan Harapan (PH) dan Suara Keadilan adalah satu tindakan yang anti-akal dan sangat mengecewakan dan sewajarnya patut dibidas oleh kita semua,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook dan juga Instagram miliknya.

Khaled membidas PH dan portal milik PKR itu yang kini berterusan menafikan sumbangan kerajaan hingga ke tahap terdesak menghasut rakyat membuat video serta diberikan ganjaran kepada mereka yang menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan terutama yang kini bertungkus lumus mengekang pandemik COVID-19 dari terus menular di negara ini.

Di samping itu, Khaled turut menyertakan laporan yang disahkan oleh portal FMT di pautan:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/10/di-sebalik-krisis-covid-19-pkr-tawar-ganjaran-untuk-tiup-sentimen-anti-kerajaan/

Dilaporkan juga sebelum ini seorang doktor pakar kanak-kanak yang mesra PH dari hospital swasta merendah-rendahkan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalankan tugas sebagai barisan hadapan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.