Cerita Bil Elektrik Negatif, TNB Berhutang Gamatkan Taqarrub Bersama Mak Long PTPTN

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Cerita bil elektrik negatif dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhutang dengan pengguna oleh Mak Long PTPTN bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan kerajaan malah menggamatkan Majlis Taqarrub Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Trolak Selatan, di sini, malam tadi. Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang terkenal dengan panggilan Mak Long PTPTN itu […]

» Read more

Beranikah Syed Saddiq Mengaku Tun M Penyebar Cerita Dongeng Dap Pencabul Hak Melayu – Puad

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tulisan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai Lim Guan Eng dan Dap dalam Malaysiakini seakan menuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyebar cerita dongeng berkaitan parti itu. Ulas Puad, ini kerana Syed Saddiq mengakui bahawa dirinya terpesona dengan dongeng […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Sepakat Sokong, Pertahan Keputusan Parti

KOTA KINABALU, 19 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah menyokong dan menghormati keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menamakan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Kata Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain, Pemuda UMNO Sabah sudah berikrar dan berjanji setia untuk mempertahankan sebarang […]

» Read more

Demi Agama, Bangsa, Negara… UMNO Perlu Berlapang Dada Terima PPBM Dalam MN

TEMERLOH, 19 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ahli UMNO di semua peringkat harus berlapang dada dan mempamerkan sikap terbuka sekiranya PPBM sah menyertai Muafakat Nasional (MN). Ujar beliau, mahu tidak mahu, ahli dan kepimpinan UMNO harus menerima kembali rakan-rakan yang dulunya lari meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM demi masa depan agama, bangsa […]

» Read more

PRK Slim: Masa Terbaik Orang Muda Undi Mohd Zaidi, Bawa Aspirasi Belia – Faizal

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Faizal Sufar berharap pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim memberi kepercayaan kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz pada 29 Ogos nanti. Ini kerana katanya calon berkenaan bukan sahaja boleh dianggap dari kalangan orang muda malahan daripada ‘kilang pemuda’ itu sendiri selain mempunyai pelbagai […]

» Read more

Kejamnya Wakil Rakyat PH, Tolak Usul Kerajaan Bantu Rakyat…

AMAT mudah untuk difahami… Wakil Rakyat Pakatan Harapan tolak usul kerajaan di Parlimen yang nak kelulusan untuk peruntukan kewangan bagi bantu rakyat. Tidakkah mereka kejam… langsung tak fikir keperluan rakyat selain hanya berpolitik dan tahu menolak apa-apa sahaja yang kerajaan lakukan walaupun ia memberi manfaat kepada semua. Semua pihak tahu bahawa kesan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia bukanlah kecil […]

» Read more

Setiap Keputusan Muafakat Nasional Ambil Kira Pandangan Akar Umbi – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa setiap keputusan yang akan dibuat berkaitan Muafakat Nasional akan mengambil kira pandangan akar umbi dan orang ramai. Katanya, hal ini termasuklah dalam soal membuat keputusan dalam rakan kongsi politik. “Pandangan akar umbi UMNO dan nitizen pasti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional membuat keputusan […]

» Read more

Saya Akan Terus Perjuangkan Apa Yang Diusahakan Oleh Arwah Datuk Khusairi – Zaidi

TANJUNG MALIM, 18 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz bertekad untuk terus memperjuangkan perkara-perkara yang telah diusahakan oleh Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebelum ini untuk kepentingan dan kebajikan warga setempat. Menurut beliau soal banjir kilat dan juga penempatan generasi kedua baik di kawasan Felda mahupun kampung […]

» Read more

PRN Sabah: BN, UMNO Sabah Diberi Kuasa Penuh Terjemahkan Autonomi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Bagi merealisasikan kuasa autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah, maka UMNO Pusat menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah untuk membuat keputusan bagi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi BN dan UMNO […]

» Read more

Penguasaan Efektif Komuniti Ekonomi Bumiputera Perlu Terus Diperkasakan – Norliza

PULAU PINANG, 18 Ogos – Kerajaan digesa terus memperkukuhkan Komuniti Ekonomi Bumiputera bagi meningkatkan penguasaan dalam sosio-ekonomi di negara ini tanpa banyak birokasi sehingga boleh menjejaskan penyertaan dan pemilikan kaum Bumiputera, kata Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim. Sehubungan itu, katanya, Wanita UMNO Malaysia mengalu-alukan pangkalan data Bumiputera diwujudkan apatah lagi pendedahan baharu-baharu ini mengenai kadar pemilikan ekuiti […]

» Read more
1 1,529 1,530 1,531 1,532 1,533 2,103