Cerita Bil Elektrik Negatif, TNB Berhutang Gamatkan Taqarrub Bersama Mak Long PTPTN

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Cerita bil elektrik negatif dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhutang dengan pengguna oleh Mak Long PTPTN bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan kerajaan malah menggamatkan Majlis Taqarrub Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Trolak Selatan, di sini, malam tadi.

Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang terkenal dengan panggilan Mak Long PTPTN itu membuat perbandingan bahawa itulah bezanya antara pemimpin yang menjadi menteri kabinet kerajaan hari ini iaitu sentisa dekat dengan pembelaan rakyat.

‘’Isu bil elektrik baru-baru ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah serta TNB dan kabinet yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin peka dalam soal ini. Datuk Shamsul panggil semua pegawai-pegawai TNB untuk berbincang isu bil semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘’Masa PKP memanglah kita guna bil elektrik lebih… tidak lebih macam mana duduk dalam rumah. Nak ‘pi’ ke mana pun tak boleh. Selalunya kita ‘tidoq’ malam sahaja… dah musim PKP siang pun tidur. Memang naik bil elektrik… Datuk Shamsul bagus… sebab itu bila orang BN jadi Menteri dia lain… biasa fikir pasal rakyat.

‘’Dia tahu cari formula nak selamatkan macam mana… Datuk Shamsul kata… kita patut bagi diskaun atau kita hapuskan bil dalam tempoh tiga bulan sebab mereka duduk di rumah kerana arahan kerajaan dan bukannya nak pilih duduk di rumah. Sebab itulah yang tiga bulan 300kwt ke bawah 4 juta pengguna tidak perlu bayar hasil inisiatif kerajaan hari ini di bawah Tan Sri Muyiddin Yassin,’’ katanya.

Katanya lagi lantaran itulah dalam bulan tujuh baru-baru ini ada orang kampung bukan setakat bil negatif, malah TNB berhutang pula dengan mereka.

‘’Orang kampung kami kat Kedah kata tiba-tiba bil TNB hutang dia… dia kata macam mana bil TNB boleh hutang dengan dia… pegawai TNB bagitaulah sebab bil pak cik negatif… negatif pun dia baru dengar… apa pulak ni… sebab apa… sebab 300kwt ‘free’ tidak kena bayaran. Banyak lagilah diskaun lain dan sebagainya lagi jika dihuraikan tetapi nak beritahu pemimpin BN biasa cari formula untuk selesai masalah rakyat.

‘’Sebab itulah saya pun percaya mereka di Slim ini pun tahu dah mana satu yang boleh pakai dan mana satu yang tidak boleh pakai,’’ ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.