Pelan Transformasi Mineral Bakal Beri Impak Besar Kepada Negara – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kementeriannya sedang merangka cadangan pelan transformasi industri mineral negara berdasarkan potensi yang ada di dalam sektor berkenaan cukup besar yang boleh menjana pendapatan kepada negara dan rakyat. Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, beliau menjelaskan industri mineral […]

» Read more

Jangan Terlalu Rigid, KWSP Wajar Longgarkan Syarat – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO mengharapkan ihsan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memperlonggarkan syarat agar mengambil kira juga rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ujar Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ramai yang mengadu kepada pihaknya termasuk yang menghantar mesej kepadanya secara peribadi perihal syarat-syarat yang dikenakan […]

» Read more

Belanjawan 2021, KWSP Dan Moratorium Terus Jadi Bahan Polemik

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus menjadi tumpuan masyarakat umum baik kalangan pimpinan parti politik mahu pun kalangan pelbagai peringkat kumpulan yang lain termasuklah soal moratorium serta pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang turut […]

» Read more

I-Sinar: Masih Ramai Yang Terkesan – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Keputusan terbaru kerajaan melonggarkan syarat i-Sinar dengan memberikan hak kepada dua juta ahli daripada 4.7 juta ahli penerima i-Lestari untuk membuat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebenarnya sedikit melegakan namun belum benar-benar membantu kesemua rakyat yang terkesan. Ini kerana menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman, ia hanya kepada […]

» Read more

Jangan Terlalu Bersyarat… Najib Tak Mahu Skim I-Sinar Jadi I-Die

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlalu bersyarat mengenai Skim i-Sinar kerana tidak mahu ia menjadi skim ‘i-Die’ bagi golongan yang tidak layak hanya disebabkan mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat COVID-19. Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, […]

» Read more

Selain ‘Pelampung’ Dari KWSP, Kerajaan Perlu Segera Laksana MySTEP Dan JanaKerja – Shahril

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata di samping ‘pelampung’ dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kerajaan perlu memastikan jaminan MySTEP dan JanaKerja yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 dijalankan segera. Ini kerana katanya untuk mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya dalam kalangan anak muda. “Pelaksanaan bantuan tunai seperti Prihatin dan sebagainya mesti juga […]

» Read more

Apa Salahnya Kerajaan Bantu Rakyat Tengah Kesempitan…

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Sekarang ini rakyat benar-benar resah dan gelisah dengan keadaan pandemik COVID-19 apatah lagi ia membabitkan kehidupan seharian mereka terutama himpitan kos sara hidup, ujar Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bangi, Mohd Nasrullah Mohd Zabidi.  Katanya, apa yang disuarakan oleh Barisan Nasional (BN) terutama berkenaan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ dan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia di Raub, Pahang petang ini. Dilaporkan Allahyarham Hasbullah, 63, tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada di dalam kereta semasa di kampung isterinya di Raub. Allahyarham yang […]

» Read more

Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillahirajiun. Ahli Parlimen Gerik, YB Dato’ Hasbullah Osman telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 6.45 petang tadi. Difahamkan Allahyarham dalam perjalanan ke Lipis tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam kereta. Arwah kemudian dibawa ke sebuah klinik sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raub. Al Fatihah

» Read more

KWSP Dan Moratorium Adalah Pelampung Rakyat – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata dalam keadaan sekarang ini pelaksanaan moratorium dan KWSP adalah penyelamat rakyat yang amat terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. “Saya anggap hari ini moratorium dan KWSP ini sebagai ‘pelampung’. Ini pelampung rakyat punya. Rakyat tengah nak tenggelam…selamatkan mereka, campakkan pelampung kepada mereka. Bila mereka (rakyat) sudah bernafas […]

» Read more
1 1,443 1,444 1,445 1,446 1,447 2,087