Duduk Di Rumah Dan Impaknya Kepada Diri Serta Negara

DUDUK di rumah atau ‘stay at home’, hanya tiga perkataan tetapi membawa impak yang besar, bukan pilihan tapi keperluan dan arahan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19. Langkah ini diambil atas kemaslahatan rakyat bertepatan dengan kaedah Feqah الضرر يدفع […]

» Read more

Jangan Prejudis Terhadap Jemaah Tabligh – Shahril

KITA wajar memuji langkah Menteri Pertahanan (Menteri Kanan), YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri Bera yang menyeru seluruh peserta ijtimak tabligh Seri Petaling yang belum buat saringan agar berbuat demikian, tanpa rasa khuatir, jikapun mereka tidak mempunyai dokumen sah – kita sedia maklum sebahagian peserta himpunan tersebut adalah kaum Rohingya. 2) Tindakan beliau mencapai persefahaman dengan pihak penguatkuasa […]

» Read more

Krisis COVID-19: Skim Bantuan, Insentif Kerajaan Persekutuan kepada Rakyat Malaysia

PENULARAN pandemik COVID-19 yang mencatatkan angka kes semakin meningkat, hingga kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal ia terus merebak dan memutuskan rangkaian virus tersebut di negara ini. Justeru, atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, kerajaan melalui Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinetnya mengumumkan beberapa insentif serta skim bantuan untuk rakyat. 1. Diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula […]

» Read more

Elok Kita Terus Terang: Tindakan Ekonomi Belum Mencukupi; Pertimbang Subsidi Gaji – Shahril

BUKAN niat saya asyik ulang perkara sama atau terlalu dramatis. Tetapi elok kita berterus terang dalam situasi luar biasa ini: sejujurnya saya benar-benar risau bahawa ruang tindakan ekonomi kita berdepan situasi Covid-19, semakin tipis. Kalau lambat, kita mungkin sesal kelak apabila ruang pilihan menjadi lebih kecil. 1) 11 Mac di Astro Awani saya tekankan keperluan bantuan tunai besar-besaran. 18 Mac […]

» Read more

Antara Dakwah Dan Fitnah: 5 Nasihat Buat Saudaraku Jemaah Tabligh! – Dr. Asyraf

AMAT sedih dan terkilan menyaksikan sikap segelintir yang memandang enteng dan ringan berkenaan dengan kemudaratan penularan wabak Coronavirus (Covid-19), terutamanya segelintir Ahli Jemaah Tabligh yang menyertai Himpunan Sri Petaling dan masih berdegil tidak mahu tampil bagi dilakukan ujian saringan kesihatan. Buat Saudara-saudaraku Jemaah Tabligh, 1. Benar niat kalian adalah baik tetapi niat yang baik dalam Islam perlu diselarikan dengan tindakan […]

» Read more

COVID-19: Shahril Bentangkan Cadangan Tindakan Ekonomi Segera

SUDAH banyak persoalan tentang apa yang bakal berlaku ke atas nasib pekerja, peniaga kecil dan lain-lain. Bila krisis melanda, hampir semua akan terkesan tapi tak boleh dinafikan golongan berpendapatan rendah paling berisiko terkesan dengan krisis Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang. Kerajaan ada pilihan. Setiap pilihan ada baik dan buruknya, tetapi memilih untuk tidak berbuat apa lebih buruk kesannya. […]

» Read more

Rakyat Menilai, Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi

Cabaran besar menanti Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani gelombang wabak coronavirus (COVID-19) yang telah menjejaskan aktiviti harian rakyat. Pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai kemampuan Kabinet baharu menyelesaikan beberapa isu besar yang sedang dihadapi negara. Alasan Kabinet masih baharu atau dalam tempoh ‘pembelajaran’ sudah tidak relevan, terutama bagi Menteri […]

» Read more

Situasi Politik Semasa

KEHANGATAN senario politik tanah air ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada pembentukan barisan Kabinet Perikatan Nasional. Pelantikan Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 belum meredakan ketidaktentuan politik tanah air. Pelbagai spekulasi dan provokasi politik dilakukan berkaitan pembentukan Kabinet. Secara umumnya netizen melalui pelbagai medium telah menyuarakan pandangan dan kebimbangan agar barisan Kabinet dibentuk segera bagi menamatkan kemelut politik […]

» Read more

Kemenangan Dan Peluang Yang Menguji

TERCATAT dalam lipatan sejarah negara, minggu yang sarat dengan teka-teki sejak 22 Februari lalu telah berakhir dengan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac lalu. Alhamdulillah atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketidaktentuan politik ini dirungkaikan dalam situasi yang baik dan harmonis […]

» Read more

Menjawab Tuduhan MP PKR Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal – KADER

ADAKAH negara kita bakal menghadapi krisis fiskal seperti yang dituduh oleh YB Amin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar dari PKR? Atau dalam bahasa mudahnya; adakah kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan masalah untuk berbelanja defisit bagi melaksanakan polisi dan program kerajaan seperti yang disembangkan oleh Ahli Parlimen Kangar, YB Amin Ahmad baru baru ini? Tuduhan YB itu boleh dilihat di link ini […]

» Read more
1 … 66 67 68 69 70 … 88