Doa Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-74

Di pagi dan bulan yang penuh barakah ini, ayuh sama-sama kita berdoa sempena Ulangtahun UMNO yang ke-74.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘alamin, Wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Ya Allah…
YA Rahman…
YA Rahim…
Dengan kerendahan hati dan diri di bulan barakah ini,
Sempena Ulangtahun UMNO ke-74 ini,
Kami memohon kerahmatanMu Ya Allah,
Dan keampunanMu,
Bimbingilah kami,
Satukanlah hati-hati kami,
Rapatkanlah saf dan teguhkanlah kami,
Terus istiqomah dalam perjuangan ini,

Ya Allah…
Ya Fattah…
Ya Alim…
Naungilah kami,
Kasihanilah kami,
Kurniakanlah kami,
Dalam kekuatan,
Untuk menghadapi mehnah perjuangan ini,
Demi mempertahankan agamaMu,
Dan watan yang tercinta ini,

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Ar-hamarohimin…
Perjuangan ini masih belum selesai,
Kau permudahkanlah,
Jangan menyulitkanlah,
Kurnialah Kekuatan,
Janganlah kelemahan,
Berikanlah kesihatan,
Jangan kesakitan,
Kurniakanlah kemuliaan,
Janganlah kehinaan,
Dorongilah kami Ya Allah,
Ke arah kemenangan,
Bukan kekalahan,

Allahumma yassir wala tu’assir,
Rabbi tammim bi’khair,

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Jika Kau amanahkan kami kekuasaan,
Kurniakan kepada kami kekuatan,
Dan kemampuan untuk melaksanakannya,
Jauhkanlah diri kami dari fitnah kekuasaan,
Hindarkanlah percikan amarah dikalangan kami,
Sinarilah hati-hati kami dengan hikmah,
Hikmah perjuangan,
Lembutkanlah hati musuh-musuh kami,

Ya Allah…
Ya Malik…
Ya Kuddus…
Bantulah kami,
Ampunkanlah segala dosa dan keterlanjuran kami,
Kurniakanlah Nur Mu,
Kepada perjuangan parti keramat ini,
KepadaMu lah Ya Allah kami berserah,
KepadaMu jualah kami memohon pertolongan dan mengharap,

Amin… Amin…
Ya Robbal Alamin.