Najib Akan Terus Membela Diri, Menegakkan Kebenaran

Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya. Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan […]

» Read more

Agenda Muafakat Nasional Itu Satu ‘Etos’ Yang Lebih Besar Dari Survival PPBM

1. Di atas prinsip dan semangat setiakawan, molek rasanya diingatkan Ketua Pemuda Pas yang baharu bahawa penolakan kerjasama dengan PPBM dibuat oleh hampir lebih 2/3 Bahagian UMNO, diabsahkan melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 seterusnya dimuktamadkan oleh pembuat dasar tertinggi parti UMNO iaitu Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ianya tidak diputuskan oleh hanya seorang figura bersifat ‘veto’ tapi oleh sebuah institusi […]

» Read more

Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional

BERIKUT diperincikan kronologi berfakta berpandukan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) bagi menyangkal tuduhan bahawa UMNO mengkhianati Piagam Muafakat Nasional: Setiap keputusan besar politik dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional. Dalam Piagam Muafakat Nasional tidak disebut secara khusus bahawa MN dikhaskan hanya kepada parti-parti politik tertentu, namun haruslah selaras dengan aspirasi yang dibawa oleh kedua-dua parti teras yang […]

» Read more

Apa Guna PNB118 Dan TRX106?

Apa guna ada PNB118 dan TRX106 kalau rakyat kita masih miskin? I guess you already taste your own medicine. But, you stay being deluded. PNB118, TRX106, Bandar Malaysia, HSR, ECRL, MRT3, LRT3. Semua projek-projek ni perlu selari dengan pembangunan. Semua projek dah ada research. Apa multiplier effects dia, apa manfaat yang rakyat dapat. Semua projek-projek ni dijangka akan mengeluarkan Malaysia […]

» Read more

Harga Makanan Yang Naik

Sepanjang 2021 negara mengalami kenaikan harga makanan antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, roti dan sayur-sayuran. Sebagai contoh harga ayam proses meningkat dengan mendadak sepanjang 2021. Ia mencecah RM10 sekilogram walau pun sebelum ini, ia hanya sekitar RM7-RM8 sekilo. — PUNCA? Seperti mana yang diterangkan oleh kementerian dan agensi berkaitan, punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana kenaikan harga dedak […]

» Read more

UMNO Pelopori Reformasi – Khaled Nordin

Reformasi dan pembaharuan adalah retorik politik yang senang diucap tetapi sukar dilaksanakan. Halangan terbesar terhadap pembaharuan ialah ‘mindset’. Minda yang telah sebati dengan cara lama tidak mudah diubah. Tetapi untuk kekal pegun dan ‘changeless’ adalah langkah ke belakang, bukan jalan ke hadapan. Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah meletakkan agenda pembaharuan politik sebagai keutamaan. Penampilan hampir […]

» Read more

PRN Melaka Referendum Rakyat… UMNO/BN Bukan Sekadar Menang Tapi Sokongan Untuk Kestabilan

Kejayaan menganjurkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam persekitaran norma baharu bermula pada hari penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian pada tarikh 20 November 2021 merupakan satu indikator penting yang boleh berperanan sebagai simulator kepada pilihan raya negeri Sarawak dan PRU 15 yang akan datang. Pelbagai pihak sama ada daripada institusi kerajaan mahupun parti-parti politik perlu menilai secara serius […]

» Read more

BN Muhasabah Dalam Kemenangan

Kemenangan semalam memberi suatu suntikan semangat kepada BN. Keseronokan yang kita masih rasai pagi ini sukar diungkapkan dengan kata-kata. Syabas kepada kepimpinan dan jentera UMNO dan tak kurang juga senyum kita melihat parti komponen yang berjaya menyumbang kepada kemenangan. Belum sampai beberapa jam setelah keputusan diumumkan, tidak dinafikan pelbagai rumusan dan teori yang mula diutarakan, khususnya tentang apa erti keputusan […]

» Read more

Pilih BN, Kestabilan Kerajaan Adalah Katalis Kemakmuran Melaka

Sabtu ini, rakyat Melaka akan memilih Kerajaan yang baharu. Saya menyeru pengundi Melaka menggunakan peluang ini untuk menghantar isyarat yang tegas dan jelas. Sampaikan pada semua. Bahawa kestabilan politik mesti dikembalikan. Semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Melaka dan Malaysia menyaksikan amalan politik yang sangat kucar-kacir. Ia adalah sesuatu yang tidak pernah kita lalui dalam sejarah demokrasi Malaysia. Dan yang […]

» Read more

Keluarlah Mengundi, Tekad Pilih BN

Rakyat Melaka keluarlah mengundi pada Sabtu ini. Ini rayuan saya kepada para pengundi Negeri Melaka. Hal ini sangat penting dan kesannya kelak juga sangat besar. Walaupun saya faham sekarang ini ramai yang muak, jelak malah rasa menyampah dengan polemik politik tapi marilah tamatkan hal ini dengan mengundi BN. Cukup-cukuplah apa yang kita lalui selepas PRU-14 dulu. Ya, BN tak jadi […]

» Read more
1 … 44 45 46 47 48 … 88