Daripada Minat, Menjadi Amanah

Alhamdulillah… baru-baru ini saya menerima Anugerah Khas Penerangan, satu pengiktirafan yang cukup bermakna dalam perjalanan politik dan perjuangan saya. Saya antara 10 orang lain yang menerima Anugerah ini. Terima kasih YB Dato Seri Azalina Othman Said, Ketua Penerangan UMNO Malaysia atas pengiktirafan ini. Minat saya terhadap media dan kreativiti sebenarnya bermula sejak di bangku sekolah menengah, kemudian terus berkembang ketika […]

» Read more

Malaysia Biru Lambang Tawaran Baharu UMNO/BN

Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membawa satu mesej yang sangat jelas dan penuh keyakinan bahawa parti tidak boleh sekadar mengenang zaman kegemilangan, tetapi mesti bangkit dengan kekuatan baharu, gagasan yang lebih besar dan keberanian untuk menentukan masa depan negara. Presiden UMNO memperlihatkan bahawa perjuangan parti bukan sekadar tentang mendapatkan kuasa, tetapi tentang mendapatkan kembali kepercayaan rakyat […]

» Read more

80 Tahun UMNO: Melayu Kuat, Malaysia Teduh

LAPAN dekad bukan perjalanan yang singkat bagi sebuah parti politik. Pada usia 80 tahun, UMNO tidak lagi wajar dinilai hanya melalui berapa banyak pilihan raya yang dimenanginya, berapa ramai pemimpin yang dilahirkannya atau berapa lama ia pernah memerintah. Pertanyaan yang lebih besar ialah: apakah makna kewujudan UMNO kepada Malaysia hari ini dan apakah yang mahu diwariskannya kepada generasi berikutnya? Ucapan […]

» Read more

Ucapan Dasar Presiden UMNO – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

MENDEPANI REALITI BANGSA MUKADIMAH 1. Saudara-saudari yang saya kasihi, 80 tahun UMNO meniti sejarah bangsa. 80 tahun UMNO mengharungi pasang dan surut perjuangan. 80 tahun UMNO menghimpunkan kekuatan yang berselerak. 80 tahun UMNO mempertahankan prinsip yang tidak pernah berubah. 2. Kita sentiasa mara dengan keberanian. Kita sentiasa menilai keadaan dengan kebijaksanaan. Kita sentiasa mempertahankan apa yang wajib dipertahankan. Dan kita […]

» Read more

Laporan Setiausaha Agung UMNO – Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Bismillahirrahmanirrahim. Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Badai melanda tidakkan gentar, Setia pada perjuangan hakiki. Pahlawan Melayu memegang tombak, Kibar bendera di puncak bukit, Biar dipukul gelombang ombak, Pantang undur walau sedikit. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Alhamdulillah segala puji dan syukur bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, inayah dan keizinan-Nya, kita dapat sekali lagi berhimpun di Dewan Merdeka ini, […]

» Read more

Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO – Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi

PUTERI ADALAH MASA DEPAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 1)YBHG. SDRI. FAREHAH BINTI WASLI PENGERUSI TETAP PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2)YBHG. SDRI. ZULIKHA BINTI ABDUL TALIB TIMBALAN PENGERUSI TETAP PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 3)YBHG. SDRI. SITI SOKHLEHA BINTI NORDIN NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 4)YBHG. SDRI. HAJAH NIK ZAKIRAH FARHANIS BINTI ZAKIMI NA RAHIM SETIAUSAHA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 5)YBHG. […]

» Read more

Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO – Dr Akmal Saleh

TAJUK: “INI JALAN KITA” MUKADIMAH – JALAN INI 1. Segala puji-pujian buat Allah Yang Maha Menentukan, Dia yang membentangkan jalan di antara daratan dan lautan, menetapkan arah bagi bintang -bintang, serta memimpin hati manusia yang mencari petunjuk dan kebenaran. 2. Dia yang mengetahui setiap jalan yang telah kita lalui, setiap simpang yang sedang kita hadapi, dan setiap destinasi yang masih […]

» Read more

Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

“MENANG KEPERCAYAAN, PIMPIN MASA DEPAN” Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Terima kasih Pengacara Majlis. PENDAHULUAN Hadirin yang saya hormati sekalian, 1. Alhamdulillah. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya, kita dapat bersama-sama dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2026 pada hari ini. 2. Saya mengalu-alukan kehadiran perwakilan dari seluruh negara. 3. Saudari […]

» Read more

Ucapan Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri UMNO – Datuk Seri Mohamad Hasan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Yang Berhormat Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Yang Berbahagia Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, Para Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang saya hormati sekalian, 1. Marilah […]

» Read more

Penyatuan Melayu – Membaca Isyarat Presiden UMNO

TAKLIMAT Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 wajar dibaca melangkaui persoalan strategi pilihan raya atau percaturan kerjasama antara parti. Di sebalik seruan memperkukuh solidariti, memperkemas jentera dan mengembalikan keyakinan rakyat, terdapat persoalan lebih besar yang perlu direnungkan: apakah sudah tiba masanya orang Melayu kembali mencari titik-titik persamaan setelah terlalu lama dipisahkan oleh […]

» Read more
1 2 3 4 5 … 88