Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar
Salam,
No Plat H – Dedak
Rupanya duit bidaan untuk Siri No. Plat bermula No. 1 hingga 9999 bagi kenderaan yang bermula dengan berabjab “H” yang dilancarkan ketika Hari Malaysia yang lepas dengan jumlah bidaan sebanyak lebih RM91juta telah berjaya dikutip dijadikan “dedak” untuk modal dan kempen PRN Melaka dengan pemberian RM1,000 seorang untuk pemandu-pemandu teksi.
Sudahlah sebelum ini JPJ telah lesap dan hilang RM314juta duit kutipan dari MYEG/Zetrix AI, kini bakal hilang lagi untuk digunakan sebagai modal dan kempen PRN Melaka oleh YB Anthony Loke. Amat punya malang bilamana kutipan dan hasil dari pihak JPJ dijadikan sebagai “dedak” untuk kepentingan politik oleh PH dalam usaha untuk meraih undi dan sokongan rakyat di dalam PRN Melaka.

Duit bidaan no. siri plat yang diuruskan oleh pihak JPJ sepatutnya lebih mulia dan bermanfaat sekiranya digunakan untuk membina, membaiki infrastruktur dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di dalam negara kita yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa telah berlaku akibat dari jalan yang berlubang, lampu trafik tidak berfungsi dan lebih bagus dan bermakna lagi jika dana itu digunakan untuk kempen kesedaran dan advokasi secara besar-besaran untuk membanteras pemandu-pemandu yang mabuk di bawah pengaruh alkohol.
Tidak pun sekurang-kurangnya boleh gunakan hasil dana bidaan no. plat yang dikutip oleh JPJ ini untuk menaik taraf fungsi aplikasi TuJu yang sedang dikecam hebat oleh pemimpin Dap sendiri seperti YB Lim Guan Eng dan YB Yeoh Bee Yin. Hari tu YB Teresa Kok balun YB Nga Kor Ming dan YB Hannah Yeoh berhubung Perumahan Madani di Bukit Jalil. Dah nampak seperti kecaman bersiri dari kem YB Lim Guan Eng dalam DAP kepada Menteri-Menteri Dap dalam kerajaan.
Akhir kata, apa-apa pun dalam kem Dap nampaknya YB Anthony Loke lebih risau dan pentingkan undi dari nyawa rakyat. Ada bidalan berbunyi “Seekor singa ditakuti disebabkan gigi dan kukunya” tetapi inilah apa yang sedang berlaku kepada Dap kerana gigi dan kukunya kian bertambah tumpul dan tidak mampu lagi mengancam. Cara terbaik dan terakhir untuk nampak masih kuat dengan kaedah “Cash is King”.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan
26hb Okt 2026
