Dah Bayar RM50 Juta, Najib Masih Boleh Tangguh Hukuman Di Rumah?
Kuasa pengampunan diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, manakala Peguam Negara mempunyai fungsi memberikan nasihat undang-undang sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 145.
Peguam Negara berhak memberikan nasihat dan mendapatkan penjelasan mengenai tafsiran sesuatu keputusan pengampunan.

Bagaimanapun, kuasa tersebut bukanlah kuasa untuk membatalkan atau mengetepikan pengampunan yang telah diperkenankan secara sah.
Perlu diingat bahawa:
1. Perintah pengampunan 18 September 2026 adalah sah.
2. Pembayaran RM50 juta telah sempurna.
3. Semua syarat lain telah dipenuhi.
4. Tidak terdapat perintah penangguhan atau asas penahanan lain yang menghalang pelaksanaan.
Peguam Negara BUKAN KUASA PEMUTUS dalam kes ini, tetapi sebagai ahli Lembaga Pengampunan (Dalam prosiding pengampunan) dan satu pihak (Dalam prosiding Pendakwaan) yang juga perlu akur kepada PERINTAH, samada Perintah Pengampunan mahupun Perintah-perintah Mahkamah.
Jika AGC tidak bersetuju dengan tafsiran sesuatu pengampunan, pertikaian itu hendaklah diselesaikan melalui mahkamah dan bukannya penentangan melalui kenyataan pentadbiran.
Setakat tafsiran melalui kenyataan pentadbiran, ianya tidak boleh dikuatkuasakan, kerana tiada dalam peruntukan kuasa bawah Perkara 145.
(Rujuk kes: The Attorney General of Malaysia v Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak & Another Appeal [2025] 6 MLRA 155)
Kedaulatan undang-undang bukan sahaja menuntut supaya hukuman mahkamah dihormati, tetapi juga supaya kuasa pengampunan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dihormati dan dilaksanakan secara sah.
Apatah lagi ianya diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Nik Saiful Adli Burhan
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh.
Peguambela & Peguamcara.
