Kembalikan Keyakinan, Teruskan Kemajuan Bersama Barisan Nasional

KESTABILAN bukan sekadar slogan politik, tetapi prasyarat utama kepada kemajuan sesebuah negeri dan negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang penuh ketidaktentuan, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai pengalaman, rekod pencapaian dan keupayaan untuk membuat keputusan yang tepat. Atas asas inilah Barisan Nasional wajar kembali diberikan keyakinan oleh rakyat. Mengapa rakyat perlu kembali memberi keyakinan kepada Barisan Nasional? Jawapannya terletak pada […]

» Read more

Nada PH Berubah: Daripada Garang Di Johor, Kini Sayu Di Negeri Sembilan – Suraya

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pakatan Harapan (PH) dilihat mengubah secara drastik pendekatan kempen mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila beralih daripada nada agresif menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika PRN Johor kepada strategi meraih simpati dengan menggambarkan diri sebagai mangsa keadaan. Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob berkata, perubahan tersebut terlalu ketara sehingga sukar […]

» Read more

Teruskan Gelombang Biru Di Negeri Sembilan, Rakyat Mahukan Kestabilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru seluruh kepimpinan, ahli dan jentera Barisan Nasional (BN) agar meneruskan momentum kemenangan dengan memperkukuhkan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Menurut beliau, kejayaan yang dicatatkan BN di Johor membuktikan bahawa rakyat semakin yakin terhadap kepimpinan yang stabil, berpengalaman dan berupaya membawa pembangunan […]

» Read more

Calon BN Mampu Kekalkan Momentum, Birukan Negeri Sembilan – Norliza

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh calon Barisan Nasional (BN) yang diberi kepercayaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Beliau berkata, pemilihan calon-calon tersebut merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kesinambungan kestabilan politik, […]

» Read more

Pemuda BN Perkemas Jentera, Sedia Hadapi PRN Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Mohd Hafiz Ariffin menegaskan kemenangan cemerlang BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah penamat perjuangan, sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada seluruh jentera Pemuda untuk meneruskan momentum kemenangan dalam menghadapi siri pilihan raya yang bakal berlangsung. Katanya, kejayaan yang dicatatkan di Johor membuktikan keyakinan rakyat terhadap BN semakin kukuh, sekali […]

» Read more

PRN NS: Pencalonan Satu Amanah, Tanggungjawab Besar Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng Datuk Mohd Asna Amin menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab demi rakyat. Mohd Asna yang juga penyandang bagi kerusi tersebut berkata, pengumuman […]

» Read more

Anak Jati Palong, Pak Mus Tekad Terus Berusaha Sehabis Baik Demi Rakyat

JEMPOL, 16 Julai – Penyandang dan Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong Datuk Mustapha Nagoor bertekad untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya terus diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ketua UMNO Bahagian Jempol itu berkata, sebagai anak jati Palong, beliau amat memahami keperluan dan denyut nadi masyarakat setempat, sekali gus menjadi […]

» Read more

PRN NS: Onn Hafiz Yakin Calon BN Mampu Bawa Suara Rakyat, Teruskan Agenda Pembangunan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin barisan calon BN yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan merupakan calon terbaik yang mampu membawa suara rakyat serta meneruskan agenda pembangunan negeri. Menurut Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor, pemilihan calon-calon tersebut dibuat berasaskan keupayaan, komitmen dan kesediaan untuk berkhidmat […]

» Read more

Mohd Zaidy Tekad Pertahan DUN Jeram Padang, Teruskan Khidmat Kepada Rakyat

JEMPOL, 16 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang sekali lagi diberikan kepadanya untuk mewakili parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Penyandang kerusi DUN itu berkata, amanah yang diberikan akan dipikul dengan penuh keikhlasan, tanggungjawab dan komitmen demi meneruskan khidmat […]

» Read more

Ismail Lasim Beri Komitmen Galas Amanah, Pastikan BN Menang Di Juasseh

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua UMNO Bahagain Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim melahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk membawa panji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Ismail selaku calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh berkata amanah yang dipikul itu akan dilaksanakan sebaik mungkin demi memastikan kemenangan BN sekali gus meneruskan […]

» Read more
1 20 21 22 23 24